Izzah: "Program" Jualan Sentuhan Rakyat, "Mempersenda Rakyat" !

Izzah: "Program" Jualan Sentuhan Rakyat, "Mempersenda Rakyat" ! - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Izzah: "Program" Jualan Sentuhan Rakyat, "Mempersenda Rakyat" !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Terkini, Artikel Today, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Izzah: "Program" Jualan Sentuhan Rakyat, "Mempersenda Rakyat" !
link : Izzah: "Program" Jualan Sentuhan Rakyat, "Mempersenda Rakyat" !

Baca juga


Izzah: "Program" Jualan Sentuhan Rakyat, "Mempersenda Rakyat" !


Naib Presiden KEADILAN Nurul Izzah Anwar hari ini menggesa UMNO BN menjelaskan sebab di sebalik tindakan parti itu menganjurkan jualan murah barang keperluan hanya sewaktu tempoh pilihan raya umum ke-14.

Menurutnya, Jualan Sentuhan Rakyat yang dianjurkan parti itu sebenarnya mempersendakan rakyat.

“Kenapa semua barangan tidak dijual dengan harga mampu beli sewaktu BN memerintah? 

“Situasi ini perlu diterangkan, lebih-lebih lagi apabila program anjuran BN seperti Jualan Sentuhan Rakyat boleh menjual barangan asas dengan harga teramat murah sempena kempen PRU14.

“Saya merasai kejelikan rakyat terhadap pimpinan BN, yang kerap kali mempersendakan dan menafikan keluhan rakyat yang tertekan dengan kenaikan harga barang,” katanya dalam kenyataan petang ini.

Penyandang kerusi Parlimen Lembah Pantai itu membuat kenyataan itu selepas Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan yang Jualan Sentuhan Rakyat itu akan dibawa ke Sarawak selepas ia mendapat sambutan di Sabah dan Semenanjung.

Jualan itu menyaksikan daging lembu segar yang dijual pada harga RM10 sekilogram sehingga RM20 berbanding harga pasaran sekitar RM30 dan beras 10 kilogram daripada RM10 sekampit kepada RM22 sekampit berbanding harga pasaran RM26.

“Menghampiri PRU14, sekali lagi janji manis ditabur BN untuk mengaburi kesusahan rakyat selama 5 tahun di bawah pentadbiran kerajaan BN terdahulu. 

“Menteri yang diberikan kuasa gagal mengawal dan menurunkan harga barang supaya rakyat menikmati kehidupan harian yang lebih selesa,” kata Nurul Izzah. #sumber


Demikianlah Artikel Izzah: "Program" Jualan Sentuhan Rakyat, "Mempersenda Rakyat" !

Sekianlah artikel Izzah: "Program" Jualan Sentuhan Rakyat, "Mempersenda Rakyat" ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Izzah: "Program" Jualan Sentuhan Rakyat, "Mempersenda Rakyat" ! dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/04/izzah-program-jualan-sentuhan-rakyat.html

Subscribe to receive free email updates: