link : Kebangkitan Rakyat Adalah Untuk Bawa Perubahan Yang Lebih Baik !
Kebangkitan Rakyat Adalah Untuk Bawa Perubahan Yang Lebih Baik !
Timbalan Presiden KEADILAN, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, pentadbiran Kerajaan Negeri di Selangor dan Pulau Pinang dipimpin PAKATAN berteraskan keadilan membuktikan rakyat boleh menikmati hidup lebih baik dan saksama.
“Kita sudah menang di Pulau Pinang dan Selangor tetapi tak cukup kerana kalau nak hapuskan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), kita kena menang di Putrajaya.
“GST membebankan rakyat kerana Malaysia telah hampir bangkrap akibat hutang melepasi RM1 trilion dan kita tidak boleh terima kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak,” katanya dalam program Keadilan Harapan Malaysia di sini, malam tadi.
Dato’ Menteri Besar Selangor itu berkata, rakyat perlu bertindak menghentikannya kerana punca kepada semua masalah membebankan itu disebabkan kerakusan Umno-BN dipimpin Najib mengamalkan rasuah dan salah guna kuasa.
Katanya, negara tidak bankrap jika kita tidak kutip GST kalau pemimpin tidak sebegitu yang mana ia telah dibuktikan di Selangor dan Pulau Pinang.
“Selangor tidak terjejas walaupun kehilangan pendapatan lebih kurang RM320 juta dalam tempoh empat tahun akibat pengecualian bayaran cukai taksiran bagi penduduk kampung di 500 kawasan perkampungan.
“Rakyat Selangor seronok kerana Kerajaan Negeri mengagihkan kepada semua bangsa dan itu prinsip keadilan kita laksanakan dalam PAKATAN di Pulau Pinang serta Selangor dan disebabkan itulah kita mencapai kemajuan,” katanya gembira dengana kehadiran ribuan rakyat dalam program berkenaan.
Mengulas lanjut, beliau berkata, ia adalah isyarat rakyat kini bersedia melakukan perubahan dan menjatuhkan Umno-BN dalam PRU14 akan datang.
“Saya gembira kerana rakyat dari pelbagai kaum dan agama hadir, ia membuktikan rakyat Malaysia bersatu padu serta ia akan memberikan kekuatan kepada kita,” katanya. #sumber
Demikianlah Artikel Kebangkitan Rakyat Adalah Untuk Bawa Perubahan Yang Lebih Baik !
Sekianlah artikel Kebangkitan Rakyat Adalah Untuk Bawa Perubahan Yang Lebih Baik ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Kebangkitan Rakyat Adalah Untuk Bawa Perubahan Yang Lebih Baik ! dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/04/kebangkitan-rakyat-adalah-untuk-bawa.html