Keberkesanan Jab. Kastam uruskan GST marahkan penipu cukai

Keberkesanan Jab. Kastam uruskan GST marahkan penipu cukai - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Keberkesanan Jab. Kastam uruskan GST marahkan penipu cukai, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Keberkesanan Jab. Kastam uruskan GST marahkan penipu cukai
link : Keberkesanan Jab. Kastam uruskan GST marahkan penipu cukai

Baca juga


Keberkesanan Jab. Kastam uruskan GST marahkan penipu cukai

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memuji langkah berkesan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) sepanjang melaksanakan kutipan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bermula 1 April 2015.

Timbalan Perdana Menteri berkata, agensi itu tidak wajar dipersalahkan atas tindakan tegas dalam melaksanakan kutipan GST sejajar usaha memperkukuhkan ekonomi negara.

“Ada yang cakap GST sebabkan kos sara hidup makin tinggi, saya nak tanya negeri mana yang barang semakin turun?

“Ertinya barang naik bukan sebab GST, GST sebenarnya melengkapkan SST (Cukai Jualan dan Perkhidmatan) yang dilaksanakan sebelum ini.

“Mereka yang marah GST ini adalah yang mahu lari daripada cukai, dulu dia tipu sekarang tidak boleh tipu.

“GST adalah sistem percukaian paling berkesan yang dilaksanakan. GST di negara ini hanya enam peratus berbanding negara lain sehingga 22.5 peratus, maka saya menyokong tindakan Kastam dalam kejayaan melakukan kutipan ke arah mengukuhkan ekonomi negara,” katanya.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri, berucap merasmikan Program Khidmat Bakti Masyarakat dan Kem Motivasi anjuran Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Kamatchy di Bagan Datuk hari ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia dan Sukan negeri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rungkup, Datuk Shahrul Zaman Yahya dan Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri T Subromaniam.

Program Khidmat Bakti Masyarakat dianjurkan JKDM itu bertujuan mendekati dan memberi kesedaran kepada masyarakat terutama pelajar serta ibu bapa dalam membanteras aktiviti penyeludupan, selain pendedahan mengenai GST.


Demikianlah Artikel Keberkesanan Jab. Kastam uruskan GST marahkan penipu cukai

Sekianlah artikel Keberkesanan Jab. Kastam uruskan GST marahkan penipu cukai kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Keberkesanan Jab. Kastam uruskan GST marahkan penipu cukai dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/04/keberkesanan-jab-kastam-uruskan-gst.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :