KES MATA LEBAM ANWAR UMPAMA FILEM TAMIL- HADI

KES MATA LEBAM ANWAR UMPAMA FILEM TAMIL- HADI - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul KES MATA LEBAM ANWAR UMPAMA FILEM TAMIL- HADI, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : KES MATA LEBAM ANWAR UMPAMA FILEM TAMIL- HADI
link : KES MATA LEBAM ANWAR UMPAMA FILEM TAMIL- HADI

Baca juga


KES MATA LEBAM ANWAR UMPAMA FILEM TAMIL- HADI

Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan kes muka lebam Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998 umpama cerita dongeng dalam filem Tamil.

Presiden PAS itu berkata demikian kerana mempersoalkan kesahihan insiden berkenaan sama ada benar-benar berlaku atau sekadar meraih simpati rakyat.

Ini kerana kata Abdul Hadi, perkara itu berlaku ketika pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri.

Berdasarkan keadaan semasa antara Anwar dan Mahathir, Abdul Hadi mempersoalkan sama ada insiden berkenaan benar berlaku atau hanya lakonan semata-mata.

“Sekarang guna simbol mata (lambang PKR), mata lebam biru, lebam merah, kena gocoh, bekas kena tumbuk.

“Tiba-tiba yang kena tumbuk dan yang tukang tumbuk bersatu, …(jadi) kena tumbuk sungguh ke? Atau pura-pura saja?

“Macam filem Tamil, kena sekali tumbukan, jatuh berguling-guling, yang tengok menangis sedih, padahal tidak ada apa-apa, satu lakonan saja,” katanya ketika berucap di Majlis Pengisytiharan Calon PAS Kelantan di Dataran Stadium Sultan Muhammad IV , Kota Bharu di sini, Rabu, malam.

Sementara itu, Abdul Hadi juga berkata, pertukaran calon PAS di kerusi Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) di mana-mana negeri termasuk Kelantan adalah perkara biasa.

Abdul Hadi berkata, ia adalah strategi bagi mengukuhkan lagi pengaruh serta sokongan rakyat kepada parti itu.

“(Calon di Kelantan) ada gabungan muka baru dan lama dan pertukaran dari DUN ke Parlimen serta Parlimen ke DUN adalah biasa, …Presiden PKR (Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail) juga pindah lagi jauh dari tempat dia,” katanya.


Demikianlah Artikel KES MATA LEBAM ANWAR UMPAMA FILEM TAMIL- HADI

Sekianlah artikel KES MATA LEBAM ANWAR UMPAMA FILEM TAMIL- HADI kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel KES MATA LEBAM ANWAR UMPAMA FILEM TAMIL- HADI dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/04/kes-mata-lebam-anwar-umpama-filem-tamil.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :