Khairy umum akujanji ‘sempoi’ BN khas untuk anak muda…

Khairy umum akujanji ‘sempoi’ BN khas untuk anak muda… - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Khairy umum akujanji ‘sempoi’ BN khas untuk anak muda…, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Khairy umum akujanji ‘sempoi’ BN khas untuk anak muda…
link : Khairy umum akujanji ‘sempoi’ BN khas untuk anak muda…

Baca juga


Khairy umum akujanji ‘sempoi’ BN khas untuk anak muda…

Kalau Sabtu malam lalu suasana Stadium Xiata Bukit Jalil bagai nak meletop dengan keriangan dengan pengumuman pelbagai ‘ berita gembira’ dalam Manifesto BN oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak…Selasa malam Dewan Merdeka,PWTC pula diselubungi suasana sama.

Ini bila Ketua Pemuda UMNO/BN Khairy Jamaluddin bentang Jaminan Orang Muda (JOM) yang dikira sebagai Manifesto BN khusus untuk orang muda yang mengandongi pelbagai akuijanji sempoi dibawah lapan jaminan teras.

Ini adalah kali pertama BN adakan akujanji khas untuk anak muda dalam kempen pilihanraya umum.

Lebih 5,000 belia yang hadir bersorak sakan mendengar akuijanji berkenaan yang antara lain hendak membantu mereka dapat pekerjaaan,dapat gaji lebih,peluang latihan ,memudahkan proses dapat bantuan dana perniagaan,dapat rumah,kurangkan caj kad kredit,belajar lesen motor B2 murah sampai bantuan belanja kahwin.

Ia juga melibatkan janji untuk memperkasa suara anak muda dengan mewujudkan Sidang Belia PBT dan membawa seorang belia mengadap jemaah menteri setiap bulan untuk sampaikan pandangan.

JOM juga berjanji untuk mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing kepada paras 15 peratus daripada keseluruhan tenaga kerja negara dan mewujudkan gelombang baharu usahawan desa.

“ Saya bukan penipu…’tegas Khairy ketika memberiitahu JOM adalah akujanji yang mampu ditunaikan.

Katanya beliau tidak mahu tabor janji populis kosong sebaliknya semua hal termasuk dari segi kewangan sudah diambilkira dalam merangka akujanji itu.

Malah,kata Menteri Belia dan Sukan itu Perdana Menteri sendiri sudah beri ‘ lampu hijau’ untuk beliau umumkan akujanji JOM.

"Saya sudah berjumpa Datuk Seri Najib dengan segala jaminan ini, dengan perancangannya, dengan kosnya. Datuk Seri Najib sebut pada saya - yes (setuju). Ok. Boleh.

"KJ (Khairy Jamaluddin) malam ini, kamu boleh mewakili kerajaan BN untuk memberi lapan jaminan ini kepada orang muda," katanya.


Demikianlah Artikel Khairy umum akujanji ‘sempoi’ BN khas untuk anak muda…

Sekianlah artikel Khairy umum akujanji ‘sempoi’ BN khas untuk anak muda… kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Khairy umum akujanji ‘sempoi’ BN khas untuk anak muda… dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/04/khairy-umum-akujanji-sempoi-bn-khas.html

Subscribe to receive free email updates: