link : Manifesto PRU14 BN mampu kembalikan majoriti 2/3
Manifesto PRU14 BN mampu kembalikan majoriti 2/3
SHAH ALAM: Manifesto Barisan Nasional (BN) diyakini mampu untuk meraih kepercayaan rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), sekaligus mengembalikan semula majoriti dua pertiga kepada parti itu.
Menurut Ketua Umno Cheras Datuk Seri Syd Ali Al Habshee, keyakinan ini dapat dilihat apabila manifesto yang dilancarkan BN semalam bukan bersifat populis atau retorik semata-mata, sebaliknya ada yang telah dilaksanakan lima tahun lalu.
"Barisan Nasional mampu memperolehi lebih 2/3 undi majoriti dan seterusnya kekal membentuk kerajaan yang stabil dan dinamik di bawah pimpinan Datuk Seri Najib.
"Manifesto tersebut amat realistik, dinamik dan progresif yang berpijak di bumi yang nyata, bukannya retorik sepertimana manifesto pembangkang," katanya kepada Antarapos.
Syed Ali juga menyifatkan sambutan hangat yang diterima semasa pelancaran manifesto BN semalam merupakan satu tanda baik yang menunjukkan kesetiaan rakyat untuk sentiasa bersama BN.
"Rakyat menerima baik manifesto BN kerana ia berteraskan kepada janji yang mampu direalisasikan. Contohnya insentif khas berjumlah RM5,000 kepada peneroka FELDA dan meningkatkan gaji minimum kepada RM1,500.
"Bantuan BRIM juga dipertingkatkan kepada RM2,000 bagi pendapatan isi rumah RM3,000 sebulan ke bawah di samping penubuhan universiti Al-Quran.
Beliau juga menegaskan selama lima tahun dibawah BN, parti yang dipimpin Datuk Seri Najib Razak itu sentiasa komited dalam memastikan kebajikan rakyat sentiasa dijaga seiring dengan hasrat manifesto yang dilancarkan semalam.
"Hasrat kerajaan pimpinan DS Najib seperti yang terkandung dalam manifesto itu jelas membuktikan Perdana Menteri begitu mengambil berat kebajikan rakyat dan masa depan negara.
BN malam tadi membentangkan dan menggariskan 14 teras utama akujanji manifesto bagi menghadapi PRU14.
Manifesto BN menawarkan 14 teras yang inklusif, komprehensif dan praktikal iaitu Utama Ibu dan Wanita; Kediaman 1Negaraku; Tiga Juta Kerja; Senyum Sabah dan Sarawak; Pengangkutan Futuristik; Perkasa Digital; Barangan Malaysia; BR1M Lebih Baharu; Dompet Rakyat; Pendidikan Sesuai Masa Depan; Hidup Sihat; Aman 1Negaraku; TN50 dan Penjagaan Kanak-Kanak Universal.
Manifesto yang setebal 262 muka surat itu menggarapkan lebih 300 tawaran bagi memenuhi keperluan segenap lapisan masyarakat mencakupi semua peringkat usia.

Demikianlah Artikel Manifesto PRU14 BN mampu kembalikan majoriti 2/3
Sekianlah artikel Manifesto PRU14 BN mampu kembalikan majoriti 2/3 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Manifesto PRU14 BN mampu kembalikan majoriti 2/3 dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/04/manifesto-pru14-bn-mampu-kembalikan.html