Mengundi hari Rabu: Kerana tak yakin menang PH cari alasan....Pelbagai ALasan Puak PH Yang Bongok

Mengundi hari Rabu: Kerana tak yakin menang PH cari alasan....Pelbagai ALasan Puak PH Yang Bongok - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mengundi hari Rabu: Kerana tak yakin menang PH cari alasan....Pelbagai ALasan Puak PH Yang Bongok, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mengundi hari Rabu: Kerana tak yakin menang PH cari alasan....Pelbagai ALasan Puak PH Yang Bongok
link : Mengundi hari Rabu: Kerana tak yakin menang PH cari alasan....Pelbagai ALasan Puak PH Yang Bongok

Baca juga


Mengundi hari Rabu: Kerana tak yakin menang PH cari alasan....Pelbagai ALasan Puak PH Yang Bongok

Akhirnya saat yang ditunggu oleh semua pihak, iaitu pengumuman tarikh penamaan calon dan pengundian untuk PRU 14, telah tiba bila mana SPR memaklumkan bahawa penamaan calon untuk PRU 14 adalah 28 April 2018 dan pengundian untuk PRU 14 adalah 9 Mei 2018.   

Lanjutan pengumuman tarikh penamaan calon dan pengundian untuk PRU 14 ini ramailah yang menyuarakan rasa tidak puas hati mereka kerana tempoh berkempen yang didakwa pendek, iaitu selama 11 hari, dan kerana pengundian dibuat pada hari bekerja, iaitu Rabu.

Saya bukanlah apologis untuk SPR, malah saya juga akan lebih gembira jika tempoh berkempen dijadikan lebih panjang dan pengundian dibuat pada hujung minggu bagi membolehkan ruang demokrasi dapat dinikmati dengan lebih meluas oleh semua pihak.

Bagaimanapun, jika SPR zaman sekarang mahu dikatakan sebagai tidak adil maka, berdasarkan rekod sejarah, SPR zaman Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad, menjadi Perdana Menteri adalah lebih tidak adil berbanding SPR zaman sekarang.

Ini kerana tempoh berkempen yang ditetapkan oleh SPR zaman Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri adalah lebih pendek berbanding tempoh berkempen yang ditetapkan oleh SPR zaman sekarang, di mana:

(1) Tempoh berkempen untuk PRU 7 hanyalah 10 hari sahaja di mana penamaan calonnya adalah 24 Julai 1986 dan pengundiannya adalah 3 Ogos 1986.

(2) Tempoh berkempen untuk PRU 8 hanyalah 10 hari sahaja di mana penamaan calonnya adalah 11 Oktober 1990 dan pengundiannya adalah 21 Oktober 1990.

(3) Tempoh berkempen untuk PRU 9 hanyalah 10 hari sahaja di mana penamaan calonnya adalah 15 April 1995 dan pengundiannya adalah 25 April 1995.

(4) Tempoh berkempen untuk PRU 10 hanyalah 9 hari sahaja di mana penamaan calonnya adalah 20 November 1999 dan pengundiannya adalah 29 November 1999.

Begitu juga dengan banyak pengundian yang ditetapkan oleh SPR zaman Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri adalah turut dibuat pada hari bekerja, di mana:

(1) Pengundian untuk PRU 6 adalah 22 April 1982, iaitu Hari Khamis.

(2) Pengundian untuk PRU 9 adalah 25 April 1995, iaitu Hari Selasa. 

(3) Pengundian untuk PRU 10 adalah 29 November 1999, iaitu Hari Isnin. 

Lagi pula, jika benar bahawa gelombang atau tsunami untuk menukar kerajaan adalah benar-benar kuat seperti yang didakwa, apalah sangat masalahnya dengan tempoh berkempen yang selama 11 hari dan dengan pengundian yang dibuat pada hari bekerja, iaitu Rabu, ini?

Bukankah sebelum ini pun sudah bertahun-tahun kempen dibuat, apakah tidak cukup lagi?

Jika sudah ditakdirkan anda menang akan menanglah anda walau apa halangan menanti.

Tetapi jika anda tidak yakin akan menang maka bertambah lagilah alasan yang anda cari.


Demikianlah Artikel Mengundi hari Rabu: Kerana tak yakin menang PH cari alasan....Pelbagai ALasan Puak PH Yang Bongok

Sekianlah artikel Mengundi hari Rabu: Kerana tak yakin menang PH cari alasan....Pelbagai ALasan Puak PH Yang Bongok kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Mengundi hari Rabu: Kerana tak yakin menang PH cari alasan....Pelbagai ALasan Puak PH Yang Bongok dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/04/mengundi-hari-rabu-kerana-tak-yakin.html

Subscribe to receive free email updates: