Nabil rujuk Ustaz Don hal rumah tangga

Nabil rujuk Ustaz Don hal rumah tangga - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Nabil rujuk Ustaz Don hal rumah tangga, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Nabil rujuk Ustaz Don hal rumah tangga
link : Nabil rujuk Ustaz Don hal rumah tangga

Baca juga


Nabil rujuk Ustaz Don hal rumah tangga

SELEBRITI serba boleh, Ahmad Nabil Ahmad, 35, mengakui sering merujuk kepada Ustaz Don Daniyal Don Biyajid.

Jelas anak kelahiran Negeri Sembilan ini, dia selesa menghubungi pendakwah dan penceramah bebas sebagai rujukan mengenai pelbagai perkara, termasuk hal rumah tangga.

Ujar Nabil, perkara yang paling dibimbangkan adalah isu keruntuhan rumah tangga membuatkan kehidupan anak-anak musnah.

“Ustaz Don pernah memberitahu saya bahawa 70 ke 80 peratus pesalah juvana adalah mereka yang datang daripada keluarga di mana ibu bapa yang sudah bercerai.

“Jadi secara langsung saya terfikir, takkanlah saya mahu anak saya bermasalah hanya kerana disebabkan saya bermasalah.

“Kasihan mereka kerana saya rasa, anak saya layak untuk dapat persekitaran yang lebih bahagia dan saya tak mahu rosakkannya,” katanya.

Nabil dan Nazirah Ayub, 30, berkahwin pada 30 September 2011 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan bernama Naira Mikayla, 6, dan Leyla Medyna, 3 tahun.

Nabil ditemui ketika majlis pelancaran MVTV Asia – Inspirasi YES Malaysia yang diadakan di Menara Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Hadir memeriahkan majlis adalah Pengerusi FINAS, Datuk Mohd Khusairi Abd Talib, Ketua Pengarah FINAS, Datuk Fauzi Ayob, Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan FINAS, Datuk Azmir Saifuddin Mutalib, Pengerusi Dewan Perniagaan Artis, Datuk Shahrul Nizam Yunos, Ketua Pegawai Eksekutif MVTV Asia, Sara Leana Nattaya Azmi dan ikon-ikon YES Malaysia.

Dalam program tersebut, Nabil dipilih menjadi ikon belia hiburan dan akan berkongsi mengenai kerjaya dan kejayaan menerusi platform penyiaran digital baharu iaitu MVTV Asia.

Selain Nabil, selebriti lain yang turut diangkat sebagai ikon ialah Farah Nabilah, Elfira Loy, Ernie Zakri, Zul Huzaimy, Dasha Logan, Jacqueline Ch’ng dan Roshan Nair.

The post Nabil rujuk Ustaz Don hal rumah tangga appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Nabil rujuk Ustaz Don hal rumah tangga

Sekianlah artikel Nabil rujuk Ustaz Don hal rumah tangga kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Nabil rujuk Ustaz Don hal rumah tangga dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/04/nabil-rujuk-ustaz-don-hal-rumah-tangga.html

Subscribe to receive free email updates: