Najib beri lebih daripada yang diminta CUEPACS...Inilah Tandanya PM Mendengar Masalah Rakyat

Najib beri lebih daripada yang diminta CUEPACS...Inilah Tandanya PM Mendengar Masalah Rakyat - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Najib beri lebih daripada yang diminta CUEPACS...Inilah Tandanya PM Mendengar Masalah Rakyat, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Najib beri lebih daripada yang diminta CUEPACS...Inilah Tandanya PM Mendengar Masalah Rakyat
link : Najib beri lebih daripada yang diminta CUEPACS...Inilah Tandanya PM Mendengar Masalah Rakyat

Baca juga


Najib beri lebih daripada yang diminta CUEPACS...Inilah Tandanya PM Mendengar Masalah Rakyat

Jangan mimpi zaman Tun Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri, penjawat awam hendak menikmati ‘buah tangan berbakul-bakul’ seperti yang diumumkan kerajaan hari ini.

Perkara tersebut keluar sendiri dari mulut Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Azih Muda yang berkata semakan penyelarasan gaji penjawat awam yang dilaksanakan ketika zaman Mahathir juga boleh dibilang dengan jari.

Menurutnya sudahlah semakan amat jarang, bahkan kenaikan tahunan yang diberi pun rendah dengan ada yang hanya dapat RM5 sahaja berbanding era Datuk Seri Najib Tun Razak yang mana kenaikan hari ini adalah keempat diterima selepas 2013, 2016 dan 2017.

Katanya, sehubungan itu, seluruh penjawat awam amat bersyukur dengan keprihatinan Perdana Menteri menerusi pemberian sembilan insentif hari ini kerana bukan semua ketua kerajaan seperti beliau.

“Memang kami ada mengemukakan beberapa permintaan kepada kerajaan mengenai kenaikan gaji penjawat awam, tetapi tak sangka Perdana Menteri memberi lebih daripada yang diminta sehingga kakitangan kontrak pun mendapat manfaat. Saya pun terkejut.

“Saya seolah-olah bermimpi ketika mendengar pengumuman itu dan percayalah kesemua insentif itu tidak pernah penjawat awam terima pada zaman dahulu,” katanya dipetik akhbar Utusan.

Sempena Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam ke-16 di Putrajaya Rabu, kerajaan bersetuju memberi kenaikan gaji kepada penjawat awam bersamaan satu kenaikan gaji tahunan dengan implikasi kewangan sebanyak RM1.46 bilion berkuat kuasa mulai 1 Julai 2018.

Selain itu, terdapat lapan lagi buah tangan Najib kepada penjawat awam dan pesara yang diakui merupakan khabar gembira buat golongan tersebut.

Sementara itu, Azih berkata, pengumuman Perdana Menteri itu secara tidak langsung membolehkan seluruh penjawat awam dan 800,000 pesara kerajaan menarik nafas lega untuk berdepan dengan peningkatan kos sara hidup.

Justeru kata beliau, menjadi tanggungjawab penjawat awam untuk menzahirkan penghargaan dengan memberi sokongan tidak berbelah bahagi terhadap kepemimpinan kerajaan sedia ada.


Demikianlah Artikel Najib beri lebih daripada yang diminta CUEPACS...Inilah Tandanya PM Mendengar Masalah Rakyat

Sekianlah artikel Najib beri lebih daripada yang diminta CUEPACS...Inilah Tandanya PM Mendengar Masalah Rakyat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Najib beri lebih daripada yang diminta CUEPACS...Inilah Tandanya PM Mendengar Masalah Rakyat dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/04/najib-beri-lebih-daripada-yang-diminta.html

Subscribe to receive free email updates: