NASIB KAMI, PIMPIN CUEPACS ZAMAN PM KEDEKUT

NASIB KAMI, PIMPIN CUEPACS ZAMAN PM KEDEKUT - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul NASIB KAMI, PIMPIN CUEPACS ZAMAN PM KEDEKUT, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : NASIB KAMI, PIMPIN CUEPACS ZAMAN PM KEDEKUT
link : NASIB KAMI, PIMPIN CUEPACS ZAMAN PM KEDEKUT

Baca juga


NASIB KAMI, PIMPIN CUEPACS ZAMAN PM KEDEKUT

Seorang bekas pemimpin kesatuan sekerja secara sinis menyifatkan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri yang cukup berkira dengan penjawat awam kerana amat ‘kedekut’ dalam memberi insentif kepada golongan tersebut sewaktu era pentadbirannya.

Bekas Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Abd. Rahman Manan berkata, istilah tersebut digunakan kerana Dr. Mahathir sendiri mengakui yang beliau seorang kedekut ketika berkuasa dahulu seperti mana rakaman video ucapannya dalam satu majlis di Kodiang, Kedah tahun lalu.

Menurut beliau, sepanjang 22 tahun menjadi Perdana Menteri, permohonan CUEPACS kepada Dr. Mahathir supaya menyelaraskan semula gaji penjawat awam dan pemberian insentif kepada pesara akan melalui Jawatankuasa Kabinet terlebih dahulu.

Katanya, apabila sesuatu perkara itu dibawa ke Kabinet, sudah tentu perbincangannya akan mengambil masa yang lama dan hasil keputusannya belum tentu menggembirakan.

“Melihat pengumuman Datuk Seri Najib Tun Razak semalam, saya hanya boleh kata yang penjawat awam hari ini bertuah kerana pada zaman kami dulu, Perdana Menteri Malaysia adalah Dr. Mahathir. Kita tak kata tapi beliau sendiri mengakui dirinya seorang kedekut.

“Justeru, penjawat awam tolonglah menghargai jasa baik kepemimpinan kerajaan hari ini dan memberi sokongan kepada Perdana Menteri dalam melaksanakan dasar-dasar yang diperkenalkan beliau,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sempena Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam ke-16 di Putrajaya semalam, kerajaan bersetuju memberi kenaikan gaji kepada penjawat awam bersamaan satu kenaikan gaji tahunan dengan implikasi kewangan sebanyak RM1.46 bilion berkuat kuasa mulai 1 Julai ini.

Selain itu, terdapat lapan lagi buah tangan Najib kepada penjawat awam dan pesara yang diakui merupakan khabar gembira buat golongan tersebut.

Tambah Abd. Rahman yang juga Presiden Persatuan Bekas Kastam (Perbekas), walaupun kenaikan itu mungkin dilihat kecil oleh sesetengah pihak, namun ia memberi faedah yang besar kepada penjawat awam dalam jangka panjang.

“Mungkin ada beberapa perkara yang perlu diperbaiki tapi apa yang diumumkan Perdana Menteri semalam pun, kami cukup bersyukur kerana semua golongan dapat merasai manfaatnya,” katanya. – UTUSAN ONLINE.


Demikianlah Artikel NASIB KAMI, PIMPIN CUEPACS ZAMAN PM KEDEKUT

Sekianlah artikel NASIB KAMI, PIMPIN CUEPACS ZAMAN PM KEDEKUT kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel NASIB KAMI, PIMPIN CUEPACS ZAMAN PM KEDEKUT dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/04/nasib-kami-pimpin-cuepacs-zaman-pm.html

Subscribe to receive free email updates: