link : PEGAWAI PENERANGAN GUAN ENG DIHUKUM PENJARA 9 BULAN
PEGAWAI PENERANGAN GUAN ENG DIHUKUM PENJARA 9 BULAN
SHAH ALAM: Penceramah bebas, Wan Ji Wan Hussin yang sebelum ini didakwa menerbitkan perkataan menghasut terhadap Sultan Selangor, dihukum penjara sembilan bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.
Hakim Mohd Sabri Ismail membuat keputusan itu terhadap Wan Ji, 35, yang disabitkan dengan kesalahan menerbitkan perkataan menghina Sultan Sharafuddin Idris Shah termasuk membabitkan isu agama pada 2012.
Bagaimanapun, beliau membenarkan permohonan peguam untuk penggantungan hukuman itu dan membebaskan Wan Ji dengan jaminan RM5,000 sementara menunggu proses rayuan.
Wan Ji didakwa pada 10 September 2014 kerana menerbitkan perkataan menghina Sultan Sharafuddin Idris Shah termasuk membabitkan isu agama dalam laman sosial Facebook dengan nama wanji.attaaduddi.
Dia dituduh melakukan kesalahan itu di Pejabat Perumahan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Tingkat 5, Bangunan Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah, Seksyen 5, di sini, pada jam 10 pagi, 5 November 2012.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Naliatul Huzaimi Ab Rasip ketika berhujah, berkata tertuduh didakwa menerbitkan enam penerbitan yang menghasut di laman Facebook yang menghina Sultan Selangor.
Susulan itu, katanya, tertuduh boleh dihukum mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 iaitu denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya, bagi kesalahan pertama, manakala kesalahan seterusnya boleh dipenjara maksimum lima tahun.
“Dalam kes ini, tertuduh membuat penerbitan itu dalam Facebook yang boleh dicapai di serata dunia.
“Penggunaan ayat dalam penerbitan itu adalah kasar bukan saja terhadap Sultan Selangor, malah kepada mana-mana individu.
“Perkataan itu sangat menghina Sultan Selangor dan mencakupi kecenderungan menghasut. Saya mohon mahkamah menjatuhkan hukuman untuk mempertimbangkan setiap perkataan digunakan tertuduh dalam penerbitan menghasut itu terhadap Sultan Selangor,” katanya.
Naliatul Huzaimi berkata, baru-baru ini undang-undang membabitkan berita palsu turut dibentangkan di Parlimen, sekali gus menunjukkan kerajaan serius membendung berita tidak benar.
Sementara itu, peguam Mohd Radzlan Jalaludin yang mewakili tertuduh memberitahu mahkamah, Wan Ji adalah penanggung tunggal keluarganya yang mempunyai lima anak dan seorang isteri tidak bekerja.
Katanya, tertuduh sebelum ini adalah penceramah bebas, namun sejak lapan bulan lalu dia bekerja sebagai Pegawai Penerangan di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang.
“Tidak pasti sampai bila beliau akan bekerja di situ kerana Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang akan dibubarkan sama ada hari ini atau esok,” katanya.
Mohd Radzlan berkata, jika tertuduh dipenjarakan, sukar untuk isterinya yang menghidap kencing manis menanggung anak mereka berusia antara satu bulan hingga 13 tahun.

Demikianlah Artikel PEGAWAI PENERANGAN GUAN ENG DIHUKUM PENJARA 9 BULAN
Sekianlah artikel PEGAWAI PENERANGAN GUAN ENG DIHUKUM PENJARA 9 BULAN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel PEGAWAI PENERANGAN GUAN ENG DIHUKUM PENJARA 9 BULAN dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/04/pegawai-penerangan-guan-eng-dihukum.html