PENDUDUK LANGKAWI DIPESAN JANGAN TERPEDAYA DENGAN MAHATHIR

PENDUDUK LANGKAWI DIPESAN JANGAN TERPEDAYA DENGAN MAHATHIR - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PENDUDUK LANGKAWI DIPESAN JANGAN TERPEDAYA DENGAN MAHATHIR, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PENDUDUK LANGKAWI DIPESAN JANGAN TERPEDAYA DENGAN MAHATHIR
link : PENDUDUK LANGKAWI DIPESAN JANGAN TERPEDAYA DENGAN MAHATHIR

Baca juga


PENDUDUK LANGKAWI DIPESAN JANGAN TERPEDAYA DENGAN MAHATHIR

Pengundi di Pulau Langkawi diharap tidak terlalu beremosi dengan penampilan serta ucapan Dr. Mahathir Mohamad yang boleh ‘bertukar nada’ setiap waktu dan ketika.

Pilihan raya umum ialah untuk memilih kerajaan yang bertangungjawab, adil kepada semua pihak dan bukannya kerana individu semata-mata kerana ketokohannya di masa lalu.

Sehubungan itu Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berharap penduduk Langkawi perlu menilai antara kepentingan individu tertentu  dan kepentingan mereka.

Meburutnya calon-calon yang dikemukakan oleh Barisan Nasional (BN) adalah yang lebih muda dan mampu memberikan perkhidmatan kepada rakyat dengan lebih baik.

“Rakyat Langkawi perlu berhati-hati dengan individu itu kerana berbagai persoalan berbangkit sekarang mengapa beliau tidak berani kembali bertanding di Kubang Pasu, ” kata Ahmad Bashah.

Sementara itu Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Ir Nawawi Ahmad pula mengingatkan bahawa sentimen pengundi tidak boleh ditukar menjadi undi.

“Kita  melihat undi berdasarkan kiraan pemilih bukan sentimen dan apabila memilih perlu fikir dan faham bahawa undi itu adalah bagi menentukan kerajaan yang mampu membawa hala tuju negara, bangsa dan agama pada masa hadapan,” katanya kepada Bernama.

Dr Mahathir akan bertanding di Parlimen Langkawi atas tiket PKR pada Pilihan Raya Umum Ke-14. Kali terakhir beliau bertanding  di Kubang Pasu harpir 20 tahun ketika menjadi Perdana Menteri hampir 20 tahun lalu sebelum bersara pada 2002.

Pencalonan Dr Mahathir untuk Parlimen di pulau bebas cukai itu diumum oleh Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dalam satu ceramah gabungan pembangkang di  Padang Mat Sirat kelmarin.

– Kedahnews.com


Demikianlah Artikel PENDUDUK LANGKAWI DIPESAN JANGAN TERPEDAYA DENGAN MAHATHIR

Sekianlah artikel PENDUDUK LANGKAWI DIPESAN JANGAN TERPEDAYA DENGAN MAHATHIR kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PENDUDUK LANGKAWI DIPESAN JANGAN TERPEDAYA DENGAN MAHATHIR dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/04/penduduk-langkawi-dipesan-jangan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :