PPBM BUBAR KERANA PEMIMPIN ANGKUH

PPBM BUBAR KERANA PEMIMPIN ANGKUH - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PPBM BUBAR KERANA PEMIMPIN ANGKUH, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PPBM BUBAR KERANA PEMIMPIN ANGKUH
link : PPBM BUBAR KERANA PEMIMPIN ANGKUH

Baca juga


PPBM BUBAR KERANA PEMIMPIN ANGKUH

Pembubaran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) memang telah dijangka dan berpunca daripada keangkuhan pemimpin yang mengutamakan kepentingan diri sendiri.

Bekas Ahli Majlis Tertinggi (AMT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Kamarul Azman Habibur Rahman menyifatkan ia seperti `Sudah terang lagi bersuluh’ kerana sejak awal lagi saya pernah menyatakan bahawa para pemimpin mengemudi bahtera yang akan karam. 


“Jelas keangkuhan para pemimpin yang mempunyai agenda peribadi gagal memahami apa sebenarnya yang dikehendaki oleh ahli,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.


Ahli PPBM, katanya, telah ditipu oleh para pemimpin yang mempunyai agenda tersendiri yang berlainan antara satu sama lain. 


“Ini menjadi bukti bahawa kami yang keluar parti dan mengkritik kepimpinan parti bukannya sampah. Tetapi sebaliknya para pemimpin telah mengotori perjuangan PPBM dengan kekotoran yang sangat buruk hingga membawa tenggelamnya PPBM ini,” tegas beliau.

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) hari ini mengesahkan pembubaran sementara PPBM menurut Seksyen 14(5) Akta Pertubuhan 1966.

Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Surayati Ibrahim ketika sidang akhbar mengenai isu Parti Pribumi Bersatu Malaysia hari ini berkata, PPBM telah dimaklumkan mengenai pembubaran tersebut hari ini.

“Surat itu berkait dengan kegagalan menyerahkan sepenuhnya dokumen seperti diperintahkan di dalam tempoh masa yang diberikan sebelum ini,” katanya. – UTUSAN ONLINE


Demikianlah Artikel PPBM BUBAR KERANA PEMIMPIN ANGKUH

Sekianlah artikel PPBM BUBAR KERANA PEMIMPIN ANGKUH kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PPBM BUBAR KERANA PEMIMPIN ANGKUH dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/04/ppbm-bubar-kerana-pemimpin-angkuh.html

Subscribe to receive free email updates: