link : Prebet Adam: Jamal dakwa Mahathir tipu rakyat
Prebet Adam: Jamal dakwa Mahathir tipu rakyat
Pengerusi Gabungan NGO Gerakan Merah Malaysia, Datuk Seri Jamal Yunos menggesa polis membuka kertas siasatan ke atas Tun Dr Mahathir Mohamad yang didakwa menggunakan insiden Prebet Adam Jaafar mengamuk di Chow Kit pada 1987 untuk memburukkan institusi Diraja Johor.Beliau mendakwa bekas perdana menteri itu memanipulasikan keadaan supaya amukan Prebet Adam dikaitkan dan seterusnya berlaku pindaan perlembagaan sehingga menyebabkan keistimewaan raja Melayu ditarik balik.
“Apa yang Dr Mahathir lakukan kepada rakyat Malaysia dengan menggunakan media ketika itu dikawal sepenuhnya, hampir semua rakyat percaya dengan dakwaan itu.
“Hakikatnya, selepas 30 tahun didedahkan keluarga Prebet Adam itu satu fitnah dan perbuatan menipu,” katanya di perkarangan Ibu Pejabat Daerah Dang Wangi hari ini.
Semalam, adik perempuan Prebet Adam iaitu Hawa memohon maaf kepada kerabat diraja Johor yang diheret dalam insiden terbabit.
Hawa dilaporkan berkata abangnya mengamuk disebabkan masalah di tempat kerja dan bukannya kerana adik mereka yang mati selepas didakwa dibunuh Sultan Johor ketika itu, Sultan Iskandar Sultan Ismail.
Mengulas lanjut, Jamal berkata ketua negara pada 1981 hingga 2003 perlu bertanggungjawab terhadap tindakannya itu.
“Saya mahu undang-undang digunakan untuk siasat kerana perbuatan Dr Mahathir menyebabkan seluruh rakyat Malaysia ditipu,” dakwa Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar.
Insiden Prebet Adam kembali menjadi perbualan selepas Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (foto) membangkitkan isu dalam kenyataan yang mengkritik ‘individu berumur 93 tahun dipercayai Dr Mahathir yang ingin menjadi perdana menteri semula sekiranya Pakatan Harapan menawan Putrajaya.
Demikianlah Artikel Prebet Adam: Jamal dakwa Mahathir tipu rakyat
Sekianlah artikel Prebet Adam: Jamal dakwa Mahathir tipu rakyat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Prebet Adam: Jamal dakwa Mahathir tipu rakyat dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/04/prebet-adam-jamal-dakwa-mahathir-tipu.html