RUU355: Kerajaan tak tipu PAS...Dengar Molek Yang Apa Presiden PAS Kata Tu

RUU355: Kerajaan tak tipu PAS...Dengar Molek Yang Apa Presiden PAS Kata Tu - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul RUU355: Kerajaan tak tipu PAS...Dengar Molek Yang Apa Presiden PAS Kata Tu, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : RUU355: Kerajaan tak tipu PAS...Dengar Molek Yang Apa Presiden PAS Kata Tu
link : RUU355: Kerajaan tak tipu PAS...Dengar Molek Yang Apa Presiden PAS Kata Tu

Baca juga


RUU355: Kerajaan tak tipu PAS...Dengar Molek Yang Apa Presiden PAS Kata Tu

SHAH ALAM: PAS tidak merasa tertipu dengan kerajaan meskipun Rang Undang-undang (RUU) bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 2016 (RUU355) tidak dapat dibahaskan pada sidang Dewan Rakyat baru-baru ini.

Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, sekiranya Barisan Nasional (BN) menang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ia akan menjamin usul itu tetap dibahaskan.

"Tidak tertipu, kerana sudah dibawa. Sudah tertulis dalam agenda Dewan Rakyat. Akan terus ada disitu cuma tunggu masa sahaja.

"Itu bukan kerja kita, jadi kita telah berjaya di peringkat pertama telah berjaya. Usul ini akan terus letak disitu, Parlimen akan datang ini kita sambung lagi. InsyaAllah. Kalau mereka yang di Parlimen menang lagi, boleh bawa lagi.

"Urusan kerajaan hendak lah diutamakan. Sekarang kita telah berjaya diperingkat awal, usul ini diusul oleh seorang menteri hasil perundingan antara kerajaan negeri Kelantan dan Pusat. Hasil perundingan dan mendapat sokongan daripada pihak-pihak pentadbiran. Kita berjaya bawa usul ini. Cumanya, bila nak dibahas nak diundi sekali lagi, hendaklah mengutamakan agenda kerajaan," katanya dalam sidang media selepas Forum TownHall Mega di Shah Alam, semalam.

Usul persendirian dibawa Abdul Hadi yang juga adalah Ahli Parlimen Marang itu muncul tersenarai di posisi kedua dalam Aturan Urusan Mesyuarat, hari terakhir Dewan Rakyat baru-baru ini.

Walau bagaimanapun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman tampil mengusulkan supaya Dewan ditangguhkan, sekaligus usul yang dibawa Abdul Hadi itu tidak dapat dibahaskan sekali lagi.

Usul itu dijangka memasuki peringkat perbahasan, yang akan memerlukan pelbagai pihak secara rasmi menyatakan pendirian mereka.

RUU355 itu dibentang oleh Hadi pada 6 April lalu bertujuan untuk memperkasakan kuasa mahkamah syariah.

Hadi pada sesi terakhir Parlimen, November lalu meminda usul itu dengan menaikkan had hukuman penjara kepada 30 tahun, denda hingga RM100,000 dan maksimun 100 kali sebatan.

Hukuman syariah buat masa ini adalah hukuman penjara tidak melebihi tiga tahun, denda hingga RM5,000 dan maksimum enam kali sebatan.

Hak PH guna logo PKR

Dalam sidang media sama, beliau turut mengulas berkenaan Pakatan Harapan (PH) yang bakal bertanding menggunakan logo PKR sebagai lambang rasmi gagasan itu. 

"Itu terpulang kepada mereka untuk guna mana-mana logo, itu bukan hak kita.

"Dia boleh pilih logo DAP, PKR atau logo mana-mana, terpulang kepada mereka dan kita tidak mahu campur,” ujarnya ringkas.

Jumaat lalu, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan kesemua parti dalam PH  bakal menggunakan logo PKR sebagai logo bersama dalam menghadapi PRU14.

Dalam pada itu, ditanya adakah beliau bersedia menjadi perdana menteri mewakili PAS, ujarnya terserah kepada rakyat untuk menentukan perkara itu.

"Saya terserah perkara ini kepada rakyat yang akan menentukan siapa menang pilihan raya, terserah kepada kepimpinan, dan memang adab orang Islam bukan untuk meminta jawapan, tanggungjawab kita untuk memilih siapa yang mampu, bukan kita pilih diri kita sendiri," katanya.

Meskipun seterunya PH sudah menamakan calon perdana menteri mewakili gagasan pembangkang itu, PAS sehingga kini masih belum mengumumkan calon mereka.

Parti itu juga dicabar Tun Dr Mahathir yang juga merupakan calon perdana menteri PH. 


Demikianlah Artikel RUU355: Kerajaan tak tipu PAS...Dengar Molek Yang Apa Presiden PAS Kata Tu

Sekianlah artikel RUU355: Kerajaan tak tipu PAS...Dengar Molek Yang Apa Presiden PAS Kata Tu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel RUU355: Kerajaan tak tipu PAS...Dengar Molek Yang Apa Presiden PAS Kata Tu dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/04/ruu355-kerajaan-tak-tipu-pasdengar.html

Subscribe to receive free email updates: