SAYA DIPERGUNA PEMBANGKANG UNTUK DAPATKAN UNDI CINA, KATA CEO SYARIKAT

SAYA DIPERGUNA PEMBANGKANG UNTUK DAPATKAN UNDI CINA, KATA CEO SYARIKAT - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul SAYA DIPERGUNA PEMBANGKANG UNTUK DAPATKAN UNDI CINA, KATA CEO SYARIKAT, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : SAYA DIPERGUNA PEMBANGKANG UNTUK DAPATKAN UNDI CINA, KATA CEO SYARIKAT
link : SAYA DIPERGUNA PEMBANGKANG UNTUK DAPATKAN UNDI CINA, KATA CEO SYARIKAT

Baca juga


SAYA DIPERGUNA PEMBANGKANG UNTUK DAPATKAN UNDI CINA, KATA CEO SYARIKAT

KUALA LUMPUR 14 April – Datuk Seri Stanley Thai memohon maaf kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak atas penglibatannya dengan kempen pembangkang dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat pengeluar sarung tangan getah terbesar negara, Supermax Corporation Berhad itu berkata, beliau kini sedar bahawa ketika itu beliau dipengaruhi dan dieksploitasi oleh pihak pembangkang untuk mendapat sokongan dan undi orang Cina pada pilihan raya itu.

Katanya, sebagai ahli perniagaan, beliau kini mahukan politik yang stabil dan menyokong penuh dasar ekonomi Perdana Menteri yang membawa banyak kelebihan kepada negara.

“Saya sangat kesal kerana terpengaruh dengan propaganda mereka sehingga mereka berjaya membawa saya untuk berceramah dan berkempen untuk mereka.

“Saya juga dimasukkan sebagai Lembaga Penasihat Institut Rakyat, tetapi saya hanya menghadiri pelancaran dan selepas itu tidak dipanggil untuk mesyuarat dan sebagainya.

“Mujur saya sedar bahawa saya telah dieksploitasi dan bertindak menarik diri serta tidak terlibat dengan mana-mana parti politik sejak Mei 2013,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Menurut Stanley, beliau juga kesal apabila kenyataan beliau ketika menghadiri satu majlis makan malam pada bulan Mac 2013 juga telah dieksploitasi pihak pembangkang.

“Saya dijemput dan ketika majlis itu saya ditanya secara tidak formal mengenai sokongan orang Cina terhadap Barisan Nasional jadi saya menjawab dengan tanggapan itu adalah perbualan yang privasi dan kenyataan itu keluar dua minggu sebelum PRU-13.

“Saya mula sedar selepas keyataan saya itu tular dan ia dieksploitasi pemimpin pembangkang. Selepas daripada insiden itu, parti-parti komponen pembangkang mula menjemput saya dalam ceramah mereka,” katanya. – UTUSAN ONLINE


Demikianlah Artikel SAYA DIPERGUNA PEMBANGKANG UNTUK DAPATKAN UNDI CINA, KATA CEO SYARIKAT

Sekianlah artikel SAYA DIPERGUNA PEMBANGKANG UNTUK DAPATKAN UNDI CINA, KATA CEO SYARIKAT kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel SAYA DIPERGUNA PEMBANGKANG UNTUK DAPATKAN UNDI CINA, KATA CEO SYARIKAT dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/04/saya-diperguna-pembangkang-untuk.html

Subscribe to receive free email updates: