Saya tiada dendam : Rozita Che Wan

Saya tiada dendam : Rozita Che Wan - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Saya tiada dendam : Rozita Che Wan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Saya tiada dendam : Rozita Che Wan
link : Saya tiada dendam : Rozita Che Wan

Baca juga


Saya tiada dendam : Rozita Che Wan

PELAKON cantik, Rozita Che Wan menegaskan dia tidak pernah menyimpan dendam mahupun bermusuh dengan Zailani Mohd Zain sehingga mendorongnya menegur pengkritik fesyen itu di media sosial minggu lalu.

Jelas wanita berusia 45 tahun ini, dia dan Zailani juga pernah bertegur sapa sebelum ini dan teguran yang dibuat disebabkan tindakan Zailani mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan.

“Saya bukan jenis yang suka berdendam atau cari gaduh. Tapi bila tak betul saya tegurlah. Dalam kes dengan dia (Zailani), dia ‘petik’ (sebut) nama saya dahulu.

“Sebelum ini saya tak bersuara pun, jadi kenapa pula dia nak keluar statement berbaur hasutan dan kemudian nak menyalahkan pengurus saya.

“Lagi pula dia dah buat permohonan maaf. Kemudian menghasut orang jangan taja saya pula,” katanya ketika ditemui pada majlis pertunjukan fesyen Ariani Luminious 2018 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

         
Pada Khamis lalu, Rozita memuat naik paparan skrin dipercayai milik Zaihani yang mendakwa pengurus pelakon Kiah Pekasam itu adalah individu yang mula menyebarkan kenyataan tersebut.

Menerusi paparan skrin itu, Zaihani meminta rakan-rakannya tidak memberi tajaan kepada artis-artis bawah pengurusan LOL Entertainment.

Sementara itu, Rozita berkata adalah tidak wajar Zaihani menghakimi individu bertubuh gemuk yang hadir ke pertunjukan fesyen.

“Dia kata kenyataannya kepada orang yang duduk di sebelahnya. Tapi cara penyampaiannya tak betul,” katanya.

Sebelum ini, kenyataan Zaihani di laman sosial peribadinya telah menimbulkan kemarahan netizen apabila dia mengkritik individu berbadan besar sehingga mendapat perhatian media antarabangsa.

“Kalau berat badan melebihi 60 kilogram, tak payahlah datang sebabnya paha awak tu melimpah kat kerusi sebelah kiri dan kanan awak,” tulisnya.

The post Saya tiada dendam : Rozita Che Wan appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Saya tiada dendam : Rozita Che Wan

Sekianlah artikel Saya tiada dendam : Rozita Che Wan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Saya tiada dendam : Rozita Che Wan dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/04/saya-tiada-dendam-rozita-che-wan.html

Subscribe to receive free email updates: