Semua 16 Ahli UMNO fail bubarkan UMNO di mahkamah dipecat…

Semua 16 Ahli UMNO fail bubarkan UMNO di mahkamah dipecat… - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Semua 16 Ahli UMNO fail bubarkan UMNO di mahkamah dipecat…, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Semua 16 Ahli UMNO fail bubarkan UMNO di mahkamah dipecat…
link : Semua 16 Ahli UMNO fail bubarkan UMNO di mahkamah dipecat…

Baca juga


Semua 16 Ahli UMNO fail bubarkan UMNO di mahkamah dipecat…

Tiada maaf bagimu…di bawah fasal 20.7 perlembagaan UMNO jelas tertera mana-mana ahli yang memfailkan permohonan atau tindakan ke mahkamah akan secara automatik hilang keahlian.

Oleh itu seramai 16 ahli UMNO dari lima buah negeri yang menfailkan semakan kehakiman bagi membubarkan UMNO di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam Jumaat dipecat serta merta berkuat hari ini,kuasa Sabtu.?

Mereka fail semakan kehakiman itu atas dakwaan kononya kedudukan UMNO sebagai pertubuhan yang sah sudah berakhir 19 April susulan penangguhan pemilihan parti yang dianggapnya sudah berlarutan lebih 18 bulan.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang memberitahu mengenai tindakan pemecatan itu pada wartawan di Putrajaya Sabtu berkata, pemecatan itu juga mengikut Seksyen 18C Akta Pertubuhan tidak membenarkan apa jua perkara parti sama ada hal ehwal pengurusan, kewangan dan yang berkaitan dengan pentadbiran parti dibawa ke mahkamah.?

“Kita tahu ada dalang dalam perkara ini, kita telah bersedia untuk apa jua kemungkinan…” katanya.

Semalam Jumaat Penasihat Undang-undang UMNO, Datuk Hafarizam Harun dilaporkan berkata tiada keperluan bagi UMNO memohon deklarasi mahkamah semata-mata untuk mendapatkan kepastian mengenai statusnya sebagai parti yang sah hanya kerana parti itu menangguhkan pemilihan parti terlalu lama.

Menurut beliau ini kerana status UMNO masih sah sebagai sebuah pertubuhan atau parti seperti diperuntuk dalam Akta Pertubuhan 1966 dan diiktiraf Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Beliau menegaskan, tidak ada asas yang boleh disandarkan oleh parti untuk membuat satu permohonan deklarasi mahkamah bagi memutuskan status parti kerana tiada unsur kesamaran dalam isu ini.

Malah katanya, sebarang usaha untuk mendapatkan deklarasi mahkamah juga hanya tindakan sia-sia kerana isu ini lebih bersifat akademik.

"Malah mengikut Seksyen 18C Akta Pertubuhan 1966 pula, sebarang keputusan dibuat parti atau perkara berkaitan perjalanan parti, termasuk menangguhkan pemilihan parti tidak boleh di bawa ke mahkamah.

"Justeru, jika saya menasihatkan UMNO untuk memohon deklarasi mahkamah bagi menentusahkan status parti, saya akan dianggap sebagai tidak pasti atau ragu-ragu dengan keputusan ROS.

"Pendek cerita, jika saya berbuat demikian, ia akan menggambarkan saya seperti tidak jelas atau faham peruntukan undang-undang dan kuasa ROS serta proses yang perlu dilalui bagi menentukan isu ini," katanya seperti dilapor NSTP.

Beliau berkata demikian susulan kenyataan tokoh UMNO, Tan Sri Dr Rais Yatim yang menyarankan UMNO mendapatkan deklarasi mahkamah bagi menentukan statusnya sama ada masih menjadi pertubuhan yang sah mengikut Akta Pertubuhan 1966.

Rais berpendapat kedudukan UMNO sebagai pertubuhan yang sah sudah berakhir hari ini (19 April) susulan penangguhan pemilihan parti yang dianggapnya sudah berlarutan lebih 18 bulan. Pemilihan UMNO yang terakhir adalah pada 19 Oktober 2013.

Selasa lalu, Tan Sri Rafidah Aziz turut menulis di Facebook berkongsi pandangan undang-undang seorang rakannya yang mengganggap UMNO tidak boleh bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) kerana parti itu dianggap tidak sah selepas April 19.

Mengulas lanjut, Hafarizam menegaskan, tidak ada mana-mana pihak termasuk ahli parti sendiri boleh mempertikaikan kedudukan UMNO ketika ini walaupun parti itu menangguhkan pemilihan parti sehingga April 2019 kerana ia sudah diterima ROS.

"Saya merujuk hal ini berdasarkan kenyataan media yang dikeluarkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor semalam, bahawa ROS mempunyai kuasa lebihan (residual powers) untuk membenarkan UMNO menangguhkan pemilihan parti sehingga April 2019.

"UMNO sudah membuat permohonan seawal Oktober tahun lalu untuk menangguhkan pemilihan parti sehingga april 2019. Permohonan itu dibuat menerusi represantasi dengan menyatakan alasan mengapa perlu lebih masa mengadakan pemilihan parti dan ROS juga sudah menjawab secara bertulis serta memberi kebenaran.

"Oleh yang demikian, mengapa perlu dipertikaikan lagi isu ini sedangkan proses memohon kebenaran menangguhkan pemilihan parti sudah diberikan ROS," katanya.

Beliau turut berkata, dakwaan UMNO tidak boleh bertanding pada PRU-14 juga tidak timbul kerana calon UMNO akan menggunakan lambang dan logo Barisan Nasional (BN) pada setiap kali pilihan raya.


Demikianlah Artikel Semua 16 Ahli UMNO fail bubarkan UMNO di mahkamah dipecat…

Sekianlah artikel Semua 16 Ahli UMNO fail bubarkan UMNO di mahkamah dipecat… kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Semua 16 Ahli UMNO fail bubarkan UMNO di mahkamah dipecat… dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/04/semua-16-ahli-umno-fail-bubarkan-umno.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :