link : Sharkar: Gunakan Logo PKR, Bakal Jejaskan "Pengaruh" Pembangkang
Sharkar: Gunakan Logo PKR, Bakal Jejaskan "Pengaruh" Pembangkang
TEMERLOH: Percaturan Pakatan Harapan menggunakan logo PKR sebagai lambang pakatan pembangkang pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) bakal menjejaskan pengaruh tiga lagi parti komponen itu, menurut seorang Anggota Majlis Tertinggi UMNO.
Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berkata ironinya DAP, Parti Amanah Negara (Amanah) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) perlu melepaskan hak untuk menggunakan logo parti masing-masing selepas bekerja bertungukus lumus.
"Penggunaan logo PKR itu juga menunjukkan pakatan terdesak selepas Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan aku janji dan manifesto yang jauh lebih baik daripada apa yang ditawarkan pakatan," katanya.
Mohd Sharkar yang juga ketua UMNO Bahagian Temerloh berkata demikian kepada pemberita pada program Moh Ngeteh bersama penduduk Kampung Bangau Parit anjuran Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di sini, hari ini.
Turut hadir Timbalan Ketua UMNO Bahagian Temerloh Datuk Nor Azmi Mat Ludin. #sumber
Demikianlah Artikel Sharkar: Gunakan Logo PKR, Bakal Jejaskan "Pengaruh" Pembangkang
Sekianlah artikel Sharkar: Gunakan Logo PKR, Bakal Jejaskan "Pengaruh" Pembangkang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Sharkar: Gunakan Logo PKR, Bakal Jejaskan "Pengaruh" Pembangkang dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/04/sharkar-gunakan-logo-pkr-bakal-jejaskan.html