link : Tindakan RoS bubar sementara PPBM profesional - PAS
Tindakan RoS bubar sementara PPBM profesional - PAS
SHAH ALAM: PAS percaya Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) bertindak secara profesional dalam mengumumkan pembubaran sementara PPBM, minggu lalu.
Naib Presiden PAS Dr Idris Ahmad berkata, sudah menjadi amalan biasa kepada mana-mana parti untuk diambil tindakan apabila gagal mengadakan mesyuarat di peringkat bahagian dan cawangan.
Malah beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang itu turut mengambil contoh pembubaran beberapa cawangan PAS di peringkat negeri apabila gagal mengemukakan laporan kepada RoS.
"Saya yakin RoS ini bertindak secara profesional.
"Kami pun cawangan-cawangan PAS banyak juga yang tidak menghantar laporan dan sebagainya maka dia (RoS) suruh bubar, tapi itu diperingkat cawanganlah, maknanya cawangan itu kena mansuh.
"Kami juga diambil tindakan kalau tidak hantar laporan, itu proses biasa," katanya kepada Antarapos.
PPBM yang dipengerusikan Tun Dr Mahathir Mohamad pada 6 April berdepan pembubaran sementara selepas ditubuhkan sejak 2016.
Pengumuman pembubaran parti bunga itu dibuat Ketua Pengarah RoS, Surayati Ibrahim berdasarkan notis mengikut Seksyen 14(5) Akta Pertubuhan 1966.
Surayati berkata, PPBM diberi 30 hari untuk membuat rayuan terhadap keputusan itu namun perlu mengemukakan semua dokumen-dokumen yang diminta RoS.
Jika gagal berbuat demikian, PPBM akan terbubar secara automatik.
Susulan pembubaran itu, Dr Mahathir mendakwa RoS menyalahgunakan kuasa dan cuba mensabotaj proses demokrasi dalam negara apabila mengeluarkan arahan sedemikian.
Malah beliau turut mempertikaikan mengapa pihaknya tidak dimaklumkan terlebih dahulu sebelum RoS mengumumkan perkara itu dalam sidang medianya di Putrajaya, semalam.
Mengulas lebih lanjut perkara itu, Idris berkata tindakan yang dibuat RoS itu sebenarnya sedikit sebanyak menimbulkan rasa simpati rakyat terhadap mereka.
"Sebenarnya dari satu sudut lain, tindakan yang dibuat oleh RoS ini kadang-kadang juga boleh menimbulkan simpati kepada pembangkang.
"Ia akan nampak bahawasanya RoS ini diperalatkan, tidak profesional dan sebagainya, jadi tidak timbul soal berkenaan memberi tekanan kepada pembangkang," katanya lagi.

Demikianlah Artikel Tindakan RoS bubar sementara PPBM profesional - PAS
Sekianlah artikel Tindakan RoS bubar sementara PPBM profesional - PAS kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Tindakan RoS bubar sementara PPBM profesional - PAS dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/04/tindakan-ros-bubar-sementara-ppbm.html