TUDUH UMNO PARTI HARAM BUKTI PEMBANGKANG TERDESAK

TUDUH UMNO PARTI HARAM BUKTI PEMBANGKANG TERDESAK - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul TUDUH UMNO PARTI HARAM BUKTI PEMBANGKANG TERDESAK, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : TUDUH UMNO PARTI HARAM BUKTI PEMBANGKANG TERDESAK
link : TUDUH UMNO PARTI HARAM BUKTI PEMBANGKANG TERDESAK

Baca juga


TUDUH UMNO PARTI HARAM BUKTI PEMBANGKANG TERDESAK

BERA – Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyifatkan pembangkang sebagai ‘semakin terdesak’ apabila memainkan isu kononnya UMNO sebuah pertubuhan haram menjelang pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Beliau berkata tindakan itu juga menunjukkan pembangkang tidak yakin dengan kemampuan mereka untuk menewaskan Barisan Nasional pada pilihan raya, menyebabkan mereka menggunakan ‘jalan haram itu sebagai peluang terakhir mereka’.

“Selagi Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) tidak mengeluarkan sebarang notis, maka pertubuhan itu akan kekal. Jika ada satu perkara berbangkit, ROS akan menghantar notis untuk mendapatkan dokumen atau penjelasan yang diperlukan. Tidak timbul isu UMNO pertubuhan haram.

“Ini yang berlaku dengan PPBM (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) dan bukannya terus dibatalkan tanpa diberi peluang,” katanya kepada pemberita semasa ditemui selepas Program Ramah Mesra bersama Peniaga dan Pengunjung Pekan Sehari Kerayong di sini hari ini.

Sehubungan itu, Ismail Sabri yang merupakan penyandang kerusi Parlimen Bera berharap pengundi tidak akan termakan dengan dakwaan itu yang dimainkan secara berterusan di media sosial untuk menimbulkan kesangsian orang ramai.

Berhubung pemecatan 16 anggota UMNO kerana memfailkan semakan kehakiman bagi membubarkan parti, Ismail Sabri berkata anggota terbabit seharusnya sedar dengan tindakan yang boleh dikenakan ke atas mereka sebelum membawa perkara itu ke mahkamah.

“Sudah dijelaskan dalam perlembangaan bahawa mana-mana anggota UMNO yang membawa tindakan ke mahkamah, keahliannya akan gugur secara automatik. Apatah lagi jika cuba untuk mengharamkan UMNO,” katanya.

Semalam, Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengesahkan 16 anggota parti dari lima negeri dipecat kerana memfailkan permohonan semakan kehakiman untuk membubarkan UMNO di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.


Demikianlah Artikel TUDUH UMNO PARTI HARAM BUKTI PEMBANGKANG TERDESAK

Sekianlah artikel TUDUH UMNO PARTI HARAM BUKTI PEMBANGKANG TERDESAK kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel TUDUH UMNO PARTI HARAM BUKTI PEMBANGKANG TERDESAK dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/04/tuduh-umno-parti-haram-bukti.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :