link : Wan Azizah Dan Siti Hasmah Rayu Wanita "Keluar Mengundi" PRU-14
Wan Azizah Dan Siti Hasmah Rayu Wanita "Keluar Mengundi" PRU-14
Dr Wan Azizah dalam kenyataan bersama Dr Siti Hasmah menggesa kaum ibu yang sayangkan keluarga agar keluar mengundi demi masa depan negara.
“Kami menggesa semua ibu-ibu yang bukan sahaja sayangkan keluarga mereka tetapi juga sayangkan masa depan negara ini untuk keluar mengundi pada 9 Mei nanti.
“Pilihlah yang terbaik untuk masa depan diri kita, keluarga kita, negara kita,” kata Wan Azizah pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN di Putrajaya.
Turut hadir sidang media itu ialah Naib Presiden KEADILAN Tian Chua serta Ketua Wanita KEADILAN Zuraida Kamaruddin.
Sementara itu, pada sidang media sama, Siti Hasmah turut berkongsi pengalamannya memantau kesihatan suaminya, calon perdana menteri Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Katanya, ahli politik yang turun berkempen perlu memastikan mereka mendapat rehat yang cukup.
Tambahnya, beliau juga akan memastikan Dr Mahathir tidak pulang lambat kerana menghadiri ceramah pada setiap malam.
“Saya perlu memastikan program Tun itu tidak terlalu banyak sangat dan apa yang penting ahli politik perlu rehat secukupnya sebelum program pada keesokan hari.
“Kita juga perlu makan, bila lepas ceramah akan ada banyak makanan orang dah masak tapi kena pastikan jangan terlebih makan.
“Penting untuk pastikan mendapat rehat mencukupi terutamanya selepas waktu tengah hari, pejam mata 40 minit pun OK untuk dapatkan kesegaran.
“Kami bukan muda lagi jadi kami juga perlu memilih untuk hadiri program,” ujar Siti Hasmah yang kini berusia 92 tahun. #sumber
Demikianlah Artikel Wan Azizah Dan Siti Hasmah Rayu Wanita "Keluar Mengundi" PRU-14
Sekianlah artikel Wan Azizah Dan Siti Hasmah Rayu Wanita "Keluar Mengundi" PRU-14 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Wan Azizah Dan Siti Hasmah Rayu Wanita "Keluar Mengundi" PRU-14 dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/04/wan-azizah-dan-siti-hasmah-rayu-wanita.html