Xavier, Azmin enggan layan bantahan Dr Mahathir guna logo PKR

Xavier, Azmin enggan layan bantahan Dr Mahathir guna logo PKR - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Xavier, Azmin enggan layan bantahan Dr Mahathir guna logo PKR, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Xavier, Azmin enggan layan bantahan Dr Mahathir guna logo PKR
link : Xavier, Azmin enggan layan bantahan Dr Mahathir guna logo PKR

Baca juga


Xavier, Azmin enggan layan bantahan Dr Mahathir guna logo PKR

SHAH ALAM: PKR tidak kisah jika akar umbinya membantah Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad bertanding menggunakan logo parti itu, pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Naib Presidennya Dr Xavier Jayakumar berkata pucuk pimpinan PKR tidak akan melayan bantahan sementelah bahang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) semakin hampir.

"Tidak kisah punya, kita takkan peduli dengan bantahan itu," ujarnya ringkas ketika dihubungi Antarapos hari ini.

Kelmarin, ahli akar umbi parti itu berhimpun dihadapan ibu pejabat PKR di Petaling Jaya bagi menzahirkan bantahan mereka terhadap Dr Mahathir yang mahu bertanding di bawah bendera parti reformasi itu.

Mereka yang didakwa mewakili suara kira-kira 120,000 hadir memberi tempoh sehingga enam hari (21-26 April) kepada PKR agar mengeluarkan nama bekas perdana menteri selasa 22 tahun itu, daripada menggunakan bendera parti berkenaan.

Jurucakap kumpulan itu, Timbalan Ketua AMK Bukit Gantang Muhamad Faisal Zainal berkata, jika tuntutan itu tidak dipenuhi dalam tempoh berkenaan, mereka akan mengambil beberapa tindakan drastik.

Tegasnya, kewujudan PKR pada April 1999 adalah kerana tindakan Dr Mahathir sebelum ini dan keputusan membenarkan pemimpin itu bertanding atas tiket PKR dan mahu melantiknya semula sebagai perdana menteri adalah tindakan tidak berprinsip.

Akar umbi parti reformasi itu dalam bantahannya dilihat membawa sepanduk berbunyi 'Singkir Mahathir Dari Lambang PKR', 'Mahathir adalah musuh sebenar PKR' dan 'PKR jangan jadi pelacur kepada Tun Mahathir'.

Sementara itu, Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pula berpandangan bantahan sebegitu tidak patut timbul kini memandangkan fokus parti kini adalah untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN) pada PRU14.

Katanya, bantahan yang dibuat pihak terlibat 'tidak relevan' dan tidak sepatutnya dilakukan, dan ahli akar umbi seharusnya menghormati keputusan yang dibuat pimpinan parti.

Katanya, ahli hanya perlu bersatu dan memberi kepercayaan sepenuhnya kepada wakil yang dipilih PH jika mahu gabungan itu menawan Putrajaya.

"Bagi saya, ia bukan satu isu, keputusan itu dibuat oleh Majlis Presiden Pakatan Harapan. Kita percaya Tun M ada peranan penting dalam pilihan raya ini. Bersama komponen lain dalam PH, kita perlu bersatu dalam berhadapan UMNO dan Barisan Nasional (BN).

"Bagi mereka yang menentang (keputusan parti), bagi saya ia satu tindakan yang tidak bertanggungjawab," katanya kepada pemberita pada Ahad.


Demikianlah Artikel Xavier, Azmin enggan layan bantahan Dr Mahathir guna logo PKR

Sekianlah artikel Xavier, Azmin enggan layan bantahan Dr Mahathir guna logo PKR kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Xavier, Azmin enggan layan bantahan Dr Mahathir guna logo PKR dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/04/xavier-azmin-enggan-layan-bantahan-dr.html

Subscribe to receive free email updates: