Zaid Ibrahim baru sedar DAP parti Cina...?

Zaid Ibrahim baru sedar DAP parti Cina...? - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Zaid Ibrahim baru sedar DAP parti Cina...?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Zaid Ibrahim baru sedar DAP parti Cina...?
link : Zaid Ibrahim baru sedar DAP parti Cina...?

Baca juga


Zaid Ibrahim baru sedar DAP parti Cina...?

Alamak... apa sudah jadi wahai kepada Datuk Zaid Ibrahim mendakwa DAP yang dianggotainya sejak 12 bulan lalu sebagai sebuah “parti Cina”.

Kenyataan terbaru beliau ini dikatakan selepas gagal mendapat ruang bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

“Parti Cina dalam Pakatan Harapan umumkan mereka sudah ada dua bakal menteri. Mungkin akan ada lagi.

“Parti-parti Melayu senyap saja dalam isu itu. Begitu biasanya sikap Melayu, malu dan segan untuk suarakan pendapat. Tiada apa yang berubah,” tulisnya di Twitter.

Zaid yang juga bekas menteri undang-undang adalah antara tokoh yang dibawa masuk DAP ke dalam parti itu bagi menangkis imej parti Cina yang dilontar pada mereka.

Zaid pun berulang kali menyatakan komitmen beliau memerangi persepsi tersebut seolah-olah seperti kesungguhan pihak berkuasa memerangi ideologi songsang.

Sebelum ini, Zaid pernah menyifatkan dirinya senasib dengan pemimpin veteran DAP, Dr Tan Seng Giaw yang tidak dicalonkan pada PRU14.

Seng Giaw tidak dicalonkan sebagai ahli parlimen Kepong selepas memegang kerusi itu selama lapan penggal.

“Tan dibuang selepas 30 tahun, saya pula selepas 12 bulan”, jelasnya.

Malam tadi, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mengumumkan Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming sebagai calon parlimen Teluk Intan.

Guan Eng berkata Kor Ming dan Pengerusi DAP Johor Liew Chin Tong akan dilantik sebagai menteri pusat jika Pakatan Harapan (PH) menang dalam PRU14 pada 9 Mei ini.


Demikianlah Artikel Zaid Ibrahim baru sedar DAP parti Cina...?

Sekianlah artikel Zaid Ibrahim baru sedar DAP parti Cina...? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Zaid Ibrahim baru sedar DAP parti Cina...? dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/04/zaid-ibrahim-baru-sedar-dap-parti-cina.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :