Zul Tak Kisah Peminat Simpan ‘Foto Alat Sulitnya’

Zul Tak Kisah Peminat Simpan ‘Foto Alat Sulitnya’ - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Zul Tak Kisah Peminat Simpan ‘Foto Alat Sulitnya’, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Zul Tak Kisah Peminat Simpan ‘Foto Alat Sulitnya’
link : Zul Tak Kisah Peminat Simpan ‘Foto Alat Sulitnya’

Baca juga


Zul Tak Kisah Peminat Simpan ‘Foto Alat Sulitnya’

Aktor Zul Ariffin, 31, tidak kisah peminat menyimpan foto alat sulit yang didakwa miliknya yang tersebar di media sosial Instagram baru-baru ini.

Mengambil pendekatan tidak mahu melayan isu tersebut daripada terus berpanjangan, Zul bahkan tidak peduli jika ada yang berfantasi dan masih menganggap foto berkenaan adalah dirinya.

“Good for them, just keep it. Apa pun agenda mereka, saya tak kisah.

“Pada saya, tentulah ia bukan foto yang baik tambahan pula ia keluar di Instagram saya.

“Tapi saya tak boleh berbuat apa-apa. Saya just move on,” katanya ketika ditemui pada majlis pertunjukan fesyen Primavalet, di hotel Majestic, malam tadi.

Dalam pada itu, Zul mengaku sejak kontroversi tersebut timbul ada segelintir pihak yang melemparkan persepsi negatif terhadap dirinya. Namun dia menerima dengan tenang dan menjalani rutin kehidupan seperti biasa.

Bukan tidak timbul rasa malu apabila dilemparkan dengan pandangan sebegitu tetapi dia menganggap apa yang terjadi satu pengajaran dan berharap perkara tersebut tidak akan berulang lagi.

“Kat luar orang dah pandang saya lain. Saya nak drive thru pun, semua orang senyum kat saya.

“Ia (foto tersebut) mengaibkan tapi saya juga rasa kelakar bila ia keluar. Bukan saya tidak anggap perkara ini serius. Tapi saya ada banyak kerja nak buat dan benda lain lagi yang nak difikirkan.

“Saya harap perkara ini menjadi pengajaran bukan saja untuk diri saya tapi untuk semua orang agar lebih berhati-hati dengan media sosial,” katanya.

Sebelum ini, Zul menafikan gambar alat sulit lelaki yang dimuat naik di Instagram Story menerusi akaun peribadinya pada 20 April lalu bukan miliknya. Pelakon filem Tombirou itu mendakwa tindakan tersebut dilakukan oleh individu yang tidak bertanggungjawab yang mahu memalukannya.

Sementara berkongsi pula mengenai kehidupan peribadi, Zul berkata dia kini lebih gembira menjalani kehidupan sebagai solo selepas hubungan cintanya dengan pelakon Zahirah Macwilson berakhir sejak beberapa bulan lalu .

Meskipun sibuk di set penggambaran, Zul mengaku sejak kebelakangan ini dia lebih terbuka untuk berkongsi dengan peminat mengenai aktiviti dan perkembangannya menerusi Instagram.

“Saya lebih bahagia dan gembira dengan kehidupan sekarang. Saya sibuk dengan kerja dan menjalani penggambaran.

“Di set penggambaran kadang-kadang saya berasa bosan terutama kalau kena menunggu. Jadi, sambil-sambil menunggu saya kongsilah dengan peminat mengenai apa yang saya buat atau perkembangan saya,” tuturnya

Zul kini sedang menjalani penggambaran filem Misteri Dilaila bergandingan dengan Elizaberth Tan. Dia juga bakal sibuk dengan satu lagi penggambran pada bulan Ramadan nanti. Selain, drama berjudul Ti Amor Sweetheart 100 Hari, lakonannya bersama Neelofa bakal ditayangkan tidak lama lagi.

The post Zul Tak Kisah Peminat Simpan ‘Foto Alat Sulitnya’ appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Zul Tak Kisah Peminat Simpan ‘Foto Alat Sulitnya’

Sekianlah artikel Zul Tak Kisah Peminat Simpan ‘Foto Alat Sulitnya’ kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Zul Tak Kisah Peminat Simpan ‘Foto Alat Sulitnya’ dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/04/zul-tak-kisah-peminat-simpan-foto-alat.html

Subscribe to receive free email updates: