Adakah parlimen Ampang tetap jadi milik Zuraida?

Adakah parlimen Ampang tetap jadi milik Zuraida? - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Adakah parlimen Ampang tetap jadi milik Zuraida?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Adakah parlimen Ampang tetap jadi milik Zuraida?
link : Adakah parlimen Ampang tetap jadi milik Zuraida?

Baca juga


Adakah parlimen Ampang tetap jadi milik Zuraida?

 BN pada Pilihan Raya Umum kali ini membuat kelainan dimana di Parlimen Ampang sebelum ini adalah kerusi UMNO, namun kini memberi kepercayaan kepada MCA untuk menarik hati 92 ribu pengundi di Parlimen itu.

Sudah pasti ia merupakan cabaran besar buat MCA kerana populasi penduduknya adalah bangsa Melayu, bagaimanapun strategi yang betul perlu digunapakai sepanjang tempoh berkempen ini.

Calon Barisan Nasional P099 Parlimen Ampang Leong Kim Soon beramah mesra dan mendekati pengundi-pengundi parlimen Ampang ketika berkempen sekitar premis berhampiran Kawasan tumpuan Ampang Point

Juga memberi sedikit kelebihan kepada parti lain yang bertanding di situ dimana penyandangnya Zuraida Kamaruddin dari PKR terpalit dengan beberapa kontroversi yang melibatkan wang jutaan ringgit, dipercayai telah diberikan kepada kartelnya iaitu Datuk Adam Rosly sehingga mampu membina rumah besar berbentuk Disneyland di Taman Tasik Ampang seawal usia 28 tahun.

Tambahan pula servis yang diberikan Zuraida pada rakyat Ampang adalah sangat tidak memuaskan hati ramai penduduk.

Rungutan ini disuarakan oleh mereka yang kebanyakannya merupakan peniaga di pasar pekan Ampang.

Mereka yang tidak mahu disebutkan namanya berkata pasar pekan Ampang itu mempunyai masalah longkang tersumbat, sistem perparitan tang sangat tidak sistematik malah Zuraida hanya turun ke kawasan itu hanya 5 tahun sekali iaitu pada waktu PRU.

Keadaan itu telah dilalui sejak 10 tahun lalu dan sehingga hari ini tiada perubahan yang dibuat oleh kerajaan negeri.

Meskipun keadaan sedemikian berlaku, PKR masih mempertaruhkan orang yang sama kerana dilihat hanya Zuraida sahaja yang kononnya mampu menguasai Ampang dengan baik walaupun peringkat asalnya PH ingin mencalonkan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali di parlimen itu.

Sebelum ini Zuraida pada PRU13 Pada PRU13, Zuraida mendapat 41,969 undi mengalahkan calon BN Rozaidah Talib dengan jumlah undi 28,691sahaja.

Namun kali ini di Ampang terdapat pertembungan empat penjuru melibatkan Zuraida sendiri mewakili PKR, Datuk Leong Kim Soon dari BN,Tan Hua Meng dari PRM, dan Nurul Islam Mohamed Yusoff dari PAS.

Pastinya pecahan undi akan berlaku namun belum tentu Ampang akan tetap menjadi milik Zuraida lagi pada PRU14.



Demikianlah Artikel Adakah parlimen Ampang tetap jadi milik Zuraida?

Sekianlah artikel Adakah parlimen Ampang tetap jadi milik Zuraida? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Adakah parlimen Ampang tetap jadi milik Zuraida? dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/05/adakah-parlimen-ampang-tetap-jadi-milik.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :