link : Adi Putra dedah status kewarganegaraan
Adi Putra dedah status kewarganegaraan
SELEBRITI lelaki sensasi, Adi Putra menerusi akaun Instagram miliknya tampil mendedahkan identiti kewarganegaraan sebenarnya.
“Memang benar dilahir di Singapura, berkecimpung dunia perfileman di Malaysia, berniaga syarikat pengurusan Umrah dan Haji di Malaysia.
“Isteri saya, Datin Hajah @adyaidayusof kelahiran Malaysia, anak-anak warga Malaysia, saya menjadi warga Malaysia dah lama tapi sudah tiba masa saya umumkan status warganegara saya ialah Malaysia.
“Apa yang tertulis tadi diketepikan dahulu, yang penting sekarang tinggal 10 hari untuk mengundi, tidak kira parti mana, warna apa, sokong ataupun tidak, suka atau tak suka, itu hak masing-masing.
“Mahupun saya dibenci, saya terima, asal ALLAH tak membenci saya. Sekurang-kurangnya semua Petronas di Malaysia sediakan surau untuk solat sekiranya terlambat ke masjid, surau dan rumah. Janji dapat solat,” coretnya.
Walau bagaimanapun, Adi Putra atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim, 37, tidak menyatakan secara terperinci sejak bila pelakon ini memiliki kad pengenalan warganegara Malaysia.
The post Adi Putra dedah status kewarganegaraan appeared first on Berita Viral.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Adi Putra dedah status kewarganegaraan
Anda sekarang membaca artikel Adi Putra dedah status kewarganegaraan dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/05/adi-putra-dedah-status-kewarganegaraan.html