CUEPACS rayu kenaikan gaji tahunan penjawat awam Julai ini diberikan

CUEPACS rayu kenaikan gaji tahunan penjawat awam Julai ini diberikan - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul CUEPACS rayu kenaikan gaji tahunan penjawat awam Julai ini diberikan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : CUEPACS rayu kenaikan gaji tahunan penjawat awam Julai ini diberikan
link : CUEPACS rayu kenaikan gaji tahunan penjawat awam Julai ini diberikan

Baca juga


CUEPACS rayu kenaikan gaji tahunan penjawat awam Julai ini diberikan

KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) merayu kerajaan melaksanakan pemberian Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) kepada seluruh 1.6 juta penjawat awam di negara ini.

Presidennya, Datuk Azih Muda, berkata walaupun perkara itu dijanjikan kerajaan terdahulu, pelaksanaan KGT memiliki asas kukuh, iaitu gaji penjawat awam sedia ada tidak selari dengan kenaikan kos sara hidup.

"CUEPACS berharap kenaikan ini dapat diteruskan kerajaan baharu kerana ia sangat ditunggu-tunggu penjawat awam yang rata-rata gaji mereka tidak mampu menanggung beban kenaikan kos sara hidup.

"Ini berikutan Sistem Saraan Malaysia (SSM) sudah begitu lama tidak disemak. Kali terakhir ia disemak ialah pada 2002, iaitu hampir 16 tahun lalu.

"SSM sepatut disemak setiap lima tahun. Namun apabila ia tidak berlaku, kenaikan kos sara hidup jauh meninggalkan gaji penjawat awam," katanya ketika dihubungi NSTP, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet, hari ini, yang menjelaskan kerajaan tidak terikat dengan KGT dijanjikan pentadbiran terdahulu.

"Bagaimanapun, kami akan melihat perkara (KGT) itu secara positif sama ada mereka (penjawat awam) berhak diberi elaun tambahan atau bentuk bantuan lain," kata Perdana Menteri.

Pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) Ke-16 pada 4 April lalu, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mengumumkan pemberian kenaikan gaji bersamaan satu KGT kepada semua penjawat awam berkuat kuasa 1 Julai depan, membabitkan implikasi kewangan sebanyak RM1.46 bilion.

Azih berkata, CUEPACS yakin kerajaan baharu pimpinan Dr Mahathir akan menampilkan inisiatif lebih baik untuk kakitangan awam, namun KGT adalah sesuatu yang amat diharapkan.

"CUEPACS merayu kepada Perdana Menteri untuk melihat ke arah kebajikan penjawat awam yang menjadi tulang belakang kerajaan," katanya.

loading...
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel CUEPACS rayu kenaikan gaji tahunan penjawat awam Julai ini diberikan

Sekianlah artikel CUEPACS rayu kenaikan gaji tahunan penjawat awam Julai ini diberikan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel CUEPACS rayu kenaikan gaji tahunan penjawat awam Julai ini diberikan dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/05/cuepacs-rayu-kenaikan-gaji-tahunan.html

Subscribe to receive free email updates: