Dah maklumkan 3 bulan awal, Sheila Rusly kesal pengurusan Syafiq Kyle

Dah maklumkan 3 bulan awal, Sheila Rusly kesal pengurusan Syafiq Kyle - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Dah maklumkan 3 bulan awal, Sheila Rusly kesal pengurusan Syafiq Kyle, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Dah maklumkan 3 bulan awal, Sheila Rusly kesal pengurusan Syafiq Kyle
link : Dah maklumkan 3 bulan awal, Sheila Rusly kesal pengurusan Syafiq Kyle

Baca juga


Dah maklumkan 3 bulan awal, Sheila Rusly kesal pengurusan Syafiq Kyle

PENERBIT dan pengarah Sheila Rusly terpaksa membatalkan hasrat untuk menerbitkan drama Dekatkan Jarak Kita edisi raya kerana pelakon utamanya, Syafiq Kyle tidak dapat memberikan komitmen.

Sheila berkata, dia kecewa dengan pihak pengurusan aktor itu apabila diberitahu jadual Syafiq sudah penuh walaupun telah memaklumkan tiga bulan lebih awal mengenai penggambaran drama itu.

Atas dasar tersebut kata Sheila, dia membatalkan hasrat untuk meneruskan penggambaran drama itu kerana merasakan tiada gunanya ia dihasilkan tanpa kehadiran Syafiq.

“Skrip drama itu sudah pun siap tetapi ia tidak dapat dilaksanakan kerana jadual Syafiq penuh dan memang saya sangat kecewa.

“Jujurnya saya kecewa dengan pihak pengurusannya kerana kami telah memaklumkan tiga bulan lebih awal untuk mendapatkan tarikhnya namun jadual dia penuh.

“Saya tidak mahu ambil pengganti pelakon lelaki lain kerana ia sudah merosakkan keseluruhan cerita asal selain idea menghasilkan Dekatkan Jarak Kita edisi raya telah dipersetujui oleh pihak stesen televisyen,” katanya.

Sheila ditemui sejurus selesai Drama Festival Kuala Lumpur 2018 (DFKL2018) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini pada malam Ahad.

Drama Dekatkan Jarak Kita yang turut menampilkan Ayda Jebat dan Syafiq Kyle muncul pemenang trofi utama menerusi kategori Drama Pilihan.

Malah gandingan dua pelakon itu juga berhasil apabila mereka membawa pulang trofi Pasangan Pilihan.

Dalam pada itu, Sheila berkata, dia lebih rela membatalkan penghasilan drama itu daripada ia diteruskan tanpa kehadiran Syafiq kerana tidak mahu peminat kecewa apabila tidak melihat gandingan Ayda dan Syafiq.

Bagaimanapun kata Sheila, dia berkemungkinan akan menyimpan terlebih dahulu projek itu untuk siaran pada Hari Raya Aidiladha dan berharap Syafiq dapat menyertai projek itu.

“Saya tidak mahu memperjudikan produk saya kerana kualiti dan kepuasan penonton adalah keutamaan saya.

“Drama ini saya simpan, Insya-Allah untuk Hari Raya Aidiladha… tidak mengapa saya kecewa daripada saya buat penonton kecewa,” katanya.

Sementara itu, Syafiq ketika ditemui pada majlis sama memberitahu dia juga kecewa tidak dapat memberikan komitmen terhadap drama Dekatkan Jarak Kita edisi raya kerana jadualnya yang padat.

Kata Syafiq, apa yang berlaku adalah salah faham dan dia sendiri akan meminta maaf kepada Sheila kerana enggan isu itu merosakkan hubungan baik di antara mereka.

“Saya sendiri kecewa sebab tak dapat bersama-sama menjayakan drama itu kerana jadual memang padat bagaimanapun saya kena pandang positif tentang apa yang berlaku.

“Hubungan saya dengan JS Pictures tiada maslah cuma apa yang ditimbulkan hanyalah salah faham dan saya sendiri akan mohon maaf kepada Sheila,” jelasnya.

The post Dah maklumkan 3 bulan awal, Sheila Rusly kesal pengurusan Syafiq Kyle appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Dah maklumkan 3 bulan awal, Sheila Rusly kesal pengurusan Syafiq Kyle

Sekianlah artikel Dah maklumkan 3 bulan awal, Sheila Rusly kesal pengurusan Syafiq Kyle kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Dah maklumkan 3 bulan awal, Sheila Rusly kesal pengurusan Syafiq Kyle dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/05/dah-maklumkan-3-bulan-awal-sheila-rusly.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :