link : Derita Tanggung Penyakit, Kini Ramai Dah Tak Kenal Jet Li
Derita Tanggung Penyakit, Kini Ramai Dah Tak Kenal Jet Li
Peminat filem aksi dan seni mempertahankan diri dikejutkan dengan berita mengenai lagenda Jet Li yang kini dilaporkan sedang bergelut dengan dua penyakit yang dihidapi.
Tambah memeranjatkan, kesan daripada penyakit hipertiroidisme dan masalah tulang belakangnya yang ditanggung selama ini menyebabkan rupa parasnya menjadi lebih tua dari usianya yang baru 55 tahun.
..
Dek kerana perubahan wajahnya, pelakon yang cukup popular dengan watak Wong Fei Hung menerusi siri Once Upon a Time in China dan filem Romeo Must Die ini membuatkan ramai tidak mengenali beliau.
Sebelum ini, Jet Li pernah mendedahkan dia telah lama menderita akibat hipertiroidisme iaitu penyakit yang menyebabkan perubahan dalam metabolisme dan denyutan jantung seseorang. Ia biasanya dirawat dengan pengambilan ubat.
Jet Li bagaimanapun berkata, sebagai penganut agama Buddha, dia percaya kaedah rawatan meditasi dan amalan membaca kitab dapat menstabilkan tahap penyakitnya.
Baru-baru ini beberapa foto yang merakamkan lawatan Jet Li ketika di sebuah kuil di Tibet telah tular di media sosial, rata-rata netizen terkejut dengan penampilan hero kelahiran Beijing ini yang kelihatan semakin uzur dan tidak kuat lagi seperti sebelum ini.
..
Tambah menyedihkan, Jet Li harus dipapah semasa ingin berjalan, keadaannya itu cukup membuatkan para peminatnya sayu dan berdoa agar bintang hebat ini dapat kembali sihat seperti sediakala. Pun begitu, ada sekeping gambar yang menunjukkan Jet Li masih lagi mampu tersenyum di hadapan kamera.
Sekitar tahun lalu, Jet Li menjelaskan dia telah disahkan mengidap penyakit tiroid yang terlalu aktif sejak tahun 2010, walaupun telah mengambil ubat tetapi penyakit itu terus kembali sehingga ‘memakan’ fizikalnya.
Selain itu dia juga memberitahu dia sudah tidak mampu untuk untuk melakukan banyak pergerakan aktiviti dengan sendiri disebabkan penyakitnya itu.
Dedahnya, pada tahun 2013, doktor yang merawatnya memaklumkan “dia akan menghabiskan sisa hidupnya di atas kerusi roda” sekiranya dia terus aktif dengan lakonan babak dalam filem-filemnya.
Ketika itu dia berkata, “Saya hanya seorang lelaki biasa”. Saya bukan Wong Fei Hung. Saya bukan not Huo Yuanjia (hero kung fu heroes dalam filem lakonannya). Saya hanya seperti kamu.
Jet Li juga pernah menderita akibat kecederaan kaki dan tulang belakang hingga menyebabkan dia tidak boleh berdiri tegak dalam tempoh yang agak lama. Tahap kesihatannya semakin merosot selepas lepbih sedekad melakonkan babak aksi dalam filem-filem yang dibintangi.
Jet Li mula mencipta nama di dunia filem selepas dia meninggalkan gelaran sebagai juara Wushu Kebangsaan ketika remaja sekitar akhir tahun 1970-an.
Dia menderita kecederaan pertamanya pada usia 18 ketika itu lututnya koyak dan dia menjalani pembedahan selama tujuh setengah. Dia turut mengalami kecederaan di bahagian belakang yang serius pada usia 23 tahun.
The post Derita Tanggung Penyakit, Kini Ramai Dah Tak Kenal Jet Li appeared first on Berita Viral.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Derita Tanggung Penyakit, Kini Ramai Dah Tak Kenal Jet Li
Anda sekarang membaca artikel Derita Tanggung Penyakit, Kini Ramai Dah Tak Kenal Jet Li dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/05/derita-tanggung-penyakit-kini-ramai-dah.html