link : “Dia Halang Saya Gugurkan Janin Ini, Berjanji Nak Nikah”
“Dia Halang Saya Gugurkan Janin Ini, Berjanji Nak Nikah”
Baru-baru ini dunia hiburan tanah air dikejutkan dengan berita seorang wanita tampil menuntut pemuzik sebuah kumpulan rock menunaikan janji dan bertanggungjawab terhadap bayi sedang dikandung yang didakwanya hasil hubungan dengan lelaki itu.
Tampil membuat kenyataan, wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Sofia itu berkata, dia kesal dan hilang punca apabila lelaki yang digelarnya Mr X bertindak memutuskan hubungan selepas pertemuan terakhir mereka pada 18 April lalu.
“Saya tampil kerana mahu dia bertanggungjawab dan tunaikan janji sejak hari pertama dia tahu saya hamil. Dia yang halang saya gugurkan janin ini dan berjanji akan bernikah. Tetapi, selepas kandungan saya masuk lima bulan, dia tiba-tiba berubah,” katanya seperti yang dilaporkan BH online.
Sofia mendakwa, hubungannya dengan pemuzik itu dikatakan semakin panas selepas lelaki itu bertindak merosakkan telefon bimbitnya selain menyekat panggilannya.
“Saya buntu kerana tidak dapat bercakap dengannya, malah dia juga melarikan diri. Keluarga dan rakannya juga tidak dapat membantu saya.
“Saya tidak pandang rupa dan harta, sebaliknya menerima dirinya kerana dia tidak sama seperti lelaki lain. Saya terpedaya dengan sikap lembutnya.
“Saya tidak minat untuk mengungkit kisah lalu dan kesilapan yang dilakukan. Cuma, saya mahu menuntut hak saya dan bayi yang sedang dikandung ini,” katanya yang menjalin hubungan cinta dengan pemuzik itu kira-kira setahun lalu..
Sofia berkata, dia mahu pemuzik terbabit bernikah dengannya supaya anak yang dikandungnya itu dilahirkan berbapa.
“Bayi ini tidak berdosa dan saya tidak mahu dia malu dengan statusnya apabila besar nanti. Mr X tidak patut buat begini. Saya tidak pernah berkira, malah sudah banyak berkorban terutama ketika dia berdepan masalah kewangan,” dakwanya.
Sofia mendakwa, dia juga kesal apabila pemuzik itu tidak mempertahankan dirinya ketika kakak lelaki itu mencemuh dan menghamburkan kata kesat.
“Ini bukan soal saya gila glamor atau sebaliknya. Saya tahu dia tidak berharta, malah saya menerima dia seadanya kerana percaya kepada cinta yang dihulurkan,” katanya.
The post “Dia Halang Saya Gugurkan Janin Ini, Berjanji Nak Nikah” appeared first on Berita Viral.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel “Dia Halang Saya Gugurkan Janin Ini, Berjanji Nak Nikah”
Anda sekarang membaca artikel “Dia Halang Saya Gugurkan Janin Ini, Berjanji Nak Nikah” dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/05/dia-halang-saya-gugurkan-janin-ini.html