Diva AA Dah Pasang Angan-Angan Nak Jadi Senator

Diva AA Dah Pasang Angan-Angan Nak Jadi Senator - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Diva AA Dah Pasang Angan-Angan Nak Jadi Senator, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Diva AA Dah Pasang Angan-Angan Nak Jadi Senator
link : Diva AA Dah Pasang Angan-Angan Nak Jadi Senator

Baca juga


Diva AA Dah Pasang Angan-Angan Nak Jadi Senator

Selebriti kontroversi yang juga calon Bebas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Antarabangsa, Azwan Ali, kini memasang angan-angan untuk menjadi senator.

Bagi pengacara berusia 55 tahun itu, Allahyarham Tan Sri Jins Shamsuddin, pelakon yang juga ahli politik pertama di Malaysia itu adalah idolanya.

“Saya teringin nak jadi seperti arwah Tan Sri Jins Samsudin, menjadi senator. Kalau tengok dia satu-satunya artis yang terpilih menjadi senator, saya tidak tahu proses dia macam mana tapi saya ada impian untuk sampai ke tahap itu,” katanya.

Jins Shamsuddin dilantik sebagai ahli Dewan Negara pada 13 Oktober 2004 dan menjadi senator selama dua penggal sehingga 11 Februari 2011.

..

Mengenai peluangnya pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), pemilik Ijazah Sarjana Muda Undang-undang dari Universiti Malaya itu berkata tidaklah terlalu memikirkan soal kemenangannya tetapi yakin segala-galanya akan ditentukan Allah nanti.

“Ini semua kerja Allah, apatah lagi orang kecoh kalau saya hilang wang pertaruhan, why not?. Saya tidak menggunakan duit ibu ayah saya, it is my own money,” kata adik kepada Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali itu.

Pada 1 Mei lalu, Azwan turun padang bertemu penduduk Bukit Antarabangsa dan mengedarkan rendang percuma. Beliau juga turut menjamu pelbagai juadah seperti kuih muih, pulut kuning dan sebagainya.

Azwan akan bertanding menentang abangnya, Mohamed Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR dan tiga calon lain dalam pertandingan lima penjuru kerusi DUN Bukit Antarabangsa.

Tiga calon lain itu ialah Ketua Wanita UMNO Ampang Salwa Yunus (Barisan Nasional), Ketua Penerangan PAS Ampang Syarifah Hazlizah Syed Ariffin (PAS) dan Ahmad Kamarudin (Parti Rakyat Malaysia-PRM).

Pada PRU-13, Mohamed Azmin memenangi kerusi DUN Bukit Antarabangsa dengan 16,502 undi untuk menewaskan calon BN Mohamad Nazim Ibrahim yang memperoleh 12,458 undi

The post Diva AA Dah Pasang Angan-Angan Nak Jadi Senator appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Diva AA Dah Pasang Angan-Angan Nak Jadi Senator

Sekianlah artikel Diva AA Dah Pasang Angan-Angan Nak Jadi Senator kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Diva AA Dah Pasang Angan-Angan Nak Jadi Senator dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/05/diva-aa-dah-pasang-angan-angan-nak-jadi.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :