link : “Hidup Hanya Sekali… Jadi Bela Lah Sekejap”- Mawi
“Hidup Hanya Sekali… Jadi Bela Lah Sekejap”- Mawi
Penyanyi popular yang sudah bergelar sebagai penyampai radio, Asmawi Ani, 36, menjelaskan imejnya kini yang berambut panjang adalah secara kebetulan dan dia mahu mengekalkannya buat masa ini memandangkan semakin selesa dengan penampilannya itu.
Menurut juara Akademi Fantasia (AF3) ini, dia mula menyimpan rambut panjang sejak setahun yang lalu sewaktu menjalani penggambaran filem Munafik 2 arahan pengarah Syamsul Yusof.
“Sebenarnya punca saya berambut panjang ni kerana Syamsul. Tahun lalu, saya menjalani penggambaran filem Munafik 2 arahannya.
“Watak saya dalam filem itu sebagai orang kampung yang bekerja bawa bot. Jadi dia yang minta saya simpan rambut sebab katanya dia tak mahu imej saya yang selama ini dan saya pun ikutkan saja kehendaknya.
“Selepas selesai penggambaran, saya tak gunting dan lama kelamaan rasa okay pula dengan imej sebegini. Setelah sekian lama tidak berambut panjang, kiranya ini kali pertamalah saya berambut panjang. Seingat saya, dulu pernah rambut panjang tapi itu ketika di zaman tadika,” katanya ketika ditemui pada Majlis Tayangan Perdana Ramadan Astro 2018, bertempat di Wow KL, semalam.
Mengakui ramai peminat tidak mengenalinya gara-gara sudah berambut panjang malah yang melucukan ada juga yang mengatakan wajahnya seiras raja Bollywood, Shahrukh Khan.
Kata Mawi lagi, dia hanya mampu tertawa apabila dipanggil dengan panggilan sebegitu. Namun dia menganggap imej rambut panjang ini secara tidak langsung sebagai mengikut sunnah Rasulullah.
“Ramai juga peminat yang tak kenal saya. Kalau terserempak di mana-mana, mereka akan cakap wajah saya macam Shahrukh Khan. Isteri saya pula cakap, dia rasa macam bersama dengan hero filem Tamil.
“Buat masa ini saya nak kekalkan imej ini. Hidup hanya sekali, jadi bela lah sekejap,” tuturnya sambil berseloroh.
“Lagipun ada orang kata, nabi pun rambut baginda panjang sampai paras bahu. Jadi, saya ikut sunnah lah ni,” tambahnya.
Tukar Jadual Tidur
Mengenai perkembangan kerjaya pula, Mawi berkata dia sekarang seronok menjalankan tugas sebagai penyampai radio stesen Zayan sejak enam bulan lalu.
Profesyen tersebut dianggap bak mimpi jadi kenyataan kerana selepas 12 tahun, akhirnya dia dapat merealisasikan hasratnya yang dipendam selama ini.
..
“Sebenarnya sebelum bergelar artis, kerja saya memang sebagai juruhebah di pasaraya juga di majlis-majlis kenduri kahwin. Tetapi apabila masuk ke industri, peluang dan rezeki ke arah nyanyian yang lebih dulu datang. Jadi saya pun ambil peluang-peluang itu.
“Sebelum ini ada tawaran daripada beberapa stesen radio lain tetapi ketika itu saya jadual saya padat dan saya terikat dengan komitmen lain menyebabkan saya terpaksa tolak.
“Tapi Alhamdulillah, selepas 12 tahun akhirnya tawaran datang dan saya seronok kerana ini kerja yang saya memang suka dan dah lama nanti peluang ini,” katanya.
Mawi mengendalikan segmen pagi, Zayan Salam Bros yang keudara setiap Isnin hingga Jumaat dari jam 6 hingga 10 pagi bersama, Anas Tahir.
Walaupun tidak kekok menjalankan tugas sebagai juruhebah namun Mawi mengakui pada awalnya sukar untuk dia menyesuaikan diri dengan kerja barunya itu terutama apabila dia perlu mengatur waktu tidurnya lebih awal.
“Dari segi penyampaian, Zayan walaupun radio islamik tapi konsep yang diterap santai dan pengisiannya tidak terlalu berat. Saya dan Anas pula senang mendapat keserasian untuk bekerjasama.
“Cuma yang susah masa awal-awal dulu, saya kena tukar waktu tidur saya. Memandangkan saya mengendalikan slot pagi, jadi saya harus bangun seawal jam 4 pagi dan jam 5 sudah berada di konti. Jadi pukul 9 malam saya dah mula tidur sebab kena bangun awal.
“Begitu juga kalau ada persembahan nyanyian terutama kalau persembahan malam, dulu penganjur selalu letak saya menyanyi di hujung-hujung majlis tetapi sekarang tidak lagi kerana saya perlu balik awal,” tuturnya.
Perkembangan lain, filem sulung arahannya bakal ditayangkan tidak lama lagi. Bagaimanapum filem yang juga diterbitkan oleh produksinya, MW Entertainment itu buat masa ini belum lagi mempunyai tajuk.
“Filem ini sebenarnya daripada sebuah telemovie yang pernah saya lakonkan bertajuk Rock Sangkut. Dalam telemovie tu ada beberapa babak yang viral, jadi babak itu saya besarkan dan bawa ke filem.
“Setakat ini judulnya belum ada dan ia sekarang dalam proses suntingan. Tapi genre filem ini komedi dan ada menyelitkan unsur-unsur islamik. Ada juga yang cakap filem ni filem komedi sentap,” kongsi sambil tertawa.
The post “Hidup Hanya Sekali… Jadi Bela Lah Sekejap”- Mawi appeared first on Berita Viral.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel “Hidup Hanya Sekali… Jadi Bela Lah Sekejap”- Mawi
Anda sekarang membaca artikel “Hidup Hanya Sekali… Jadi Bela Lah Sekejap”- Mawi dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/05/hidup-hanya-sekali-jadi-bela-lah.html