link : ‘Hubungan anak dan ibu takkan pernah putus’
‘Hubungan anak dan ibu takkan pernah putus’
SELEBRITI Datuk Fazley Yaakob mengucapkan selamat hari ibu buat ibunya, isterinya dan juga ibu mertuanya, Datin Seri Rosmah Mansor.
Tulisnya seperti yang dipetik di instagram, “Happy Mothers day buat semua yang bergelar Ibu, Umi, Mama, Mommy, Emak! Selamat Hari Ibu buat 3 insan yang bergelar ibu ini: Ibu saya, Ibu kepada anak-anak saya dan Ibu mertua saya.
“Buat ibu tersayang- Terima kasih diatas segala pengorbanan ibu buat Paji dan adik2 serta Azrene dan cucu-cucu ibu selama ini. Ibu terlalu banyak bertahan demi Paji & Azrene dan 9 orang cucu2 kesayangan.
“Doa keramat seorang ibu sentiasa menjadi pendinding dan keberkatan untuk seorang anak. Paji sayang ibu sangat sangat SANGAT! Selamat Hari Ibu! @rsd.umi
“Buat Isteri saya yang juga Ibu kepada 4 orang anak-anak saya- Adik sayang, terima kasih di atas 13 tahun hidup kita yang penuh keindahan walaupun ada kedukaan kita tersendiri. Adik seorang ibu yang serba lengkap buat anak-anak kita, seorang ibu yang terlalu penyayang.
“10 kali keguguran bukan sesuatu yang mudah untuk di lalui, namun Adik telah bersabung nyawa untuk 4 orang anak-anak kita @payishpiyashpiyush dan @ellie_alaynaselma . Adik sayang, Abang loves you so very much. Happy Mothers Day! @azrene_ahmad,” tulisnya.
Tidak dilupakan ucapan untuk ibu mertuanya.
“Buat Ibu mertuaku- Terima kasih juga kerana melahirkan Azrene yang kini menjadi ibu kepada anak-anak saya. Segala usaha yang dilakukan oleh mu untuk membesarkan Azrene tetap dihargai. Doa saya buatmu tak pernah putus sepanjang 13 tahun ini, agar hidupmu diberkati dan diberikan ketenangan.
“Walau apa pun yang telah berlaku, hubungan anak dan seorang ibu takkan pernah putus. Insyaallah moga kita bertemu jua di satu hari nanti! Happy Mothers Day!”, tulisnya.
The post ‘Hubungan anak dan ibu takkan pernah putus’ appeared first on Berita Viral.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel ‘Hubungan anak dan ibu takkan pernah putus’
Anda sekarang membaca artikel ‘Hubungan anak dan ibu takkan pernah putus’ dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/05/hubungan-anak-dan-ibu-takkan-pernah.html