link : Hubungan cinta Erry Putra, Farah Hezel berakhir?
Hubungan cinta Erry Putra, Farah Hezel berakhir?
HASRAT pelakon Erry Putra, 40, untuk membawa hubungan cintanya bersama penyanyi Farah Hezel, 21, ke fasa seterusnya tidak kesampaian apabila hubungan tersebut khabarnya telah ditentang mendapat tentangan keluarga.
Malah pergaduhan di antara mereka berdua di laman sosial baru-baru ini turut memburukkan keadaan sehinggakan masing-masing kini sudah tidak saling berhubung semenjak sebelum Ramadan lagi.
“Status sekarang? Sukar hendak saya katakan kerana keluarga kedua-dua belah pihak tidak merestui hubungan ini jadi kami berdiam diri buat masa sekarang.
“Sebelum puasa kami sudah tidak saling berhubung dan untuk mengelakkan lebih banyak salah faham lebih baik kami diam,” katanya kepada sebuah portal hiburan.
Farah yang juga merupakan kakak kepada penyanyi Aiman Tino sebelum ini mendedahkan hubungan cintanya dengan Erry Putra dan telah lebih lima bulan bergelar pasangan kekasih.
“Kami berkenalan ketika sama-sama bermain futsal dan sejak itu, berkawan baik. Seboleh mungkin, saya tidak mahu orang luar tahu mengenai hubungan kami.
“Namun, apabila hubungan kami mula dihidu, ramai menganggap ia sebagai gimik memandangkan masing-masing sedang memperkenalkan single terbaru,” kata Erry.
Dalam pada itu pelakon Erry yang kini turut aktif sebagai penyanyi ini menafikan kontroversi membabitkan dirinya yang dikatakan sedang menjalinkan hubungan bersama seorang artis baharu.
Menurut Erry artis yang dimaksudkan itu adalah adik tirinya, Syafiq yang juga merupakan rakan duetnya dalam lagu Aku Tahu.
“Syafiq adalah adik tiri saya, satu mak tetapi berlainan bapa. Tanggapan orang itu memang tak boleh dihentikan sebab wajah kami pun tak sama.
“Tetapi mana yang tahu, tahulah. Saya sebenarnya cuma untuk mempromosikan dia sebagai artis dan rasanya dengan cara itu sahaja saya dapat membantunya,” tegas Erry.
The post Hubungan cinta Erry Putra, Farah Hezel berakhir? appeared first on Berita Viral.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Hubungan cinta Erry Putra, Farah Hezel berakhir?
Anda sekarang membaca artikel Hubungan cinta Erry Putra, Farah Hezel berakhir? dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/05/hubungan-cinta-erry-putra-farah-hezel.html