link : Hugh Grant Akhirnya Bergelar Suami di Usia 57 Tahun
Hugh Grant Akhirnya Bergelar Suami di Usia 57 Tahun
Aktor Hugh Grant yang pernah membintangi siri filem romantik komedi termasuk ‘Four Weddings and a Funeral’, berkahwin buat kali pertama dengan kekasihnya yang berasal dari Sweden pada usia 57 tahun.
Notis perkahwinan Grant dan Anna Eberstein, 39, disiarkan di pejabat pendaftaran Dewan Perbandaran Chelsea berhampiran rumah pasangan itu di Notting Hill.
“Tiada seorang pun rakan Hugh menyangka hari ini akan menjelma.
“Beliau akan menjadi pesara tidak lama lagi dan akhirnya berkahwin,” The Sun memetik sumber sebagai berkata.
Perkahwinan dijangka diadakan dalam masa beberapa minggu lagi.
Grant dan Eberstein sudah mempunyai tiga anak. Grant juga mempunyai dua anak dengan bekas kekasihnya, Tinglan Hong selain hubungan cinta lama dengan aktres Elizabeth Hurley.
Aktor kelahiran Britain itu menjadi aktivis menyokong hak peribadi terkemuka selepas telefonnya diceroboh oleh wartawan Mirror Group dan menerima pampasan jutaan dolar awal tahun ini
The post Hugh Grant Akhirnya Bergelar Suami di Usia 57 Tahun appeared first on Berita Viral.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Hugh Grant Akhirnya Bergelar Suami di Usia 57 Tahun
Anda sekarang membaca artikel Hugh Grant Akhirnya Bergelar Suami di Usia 57 Tahun dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/05/hugh-grant-akhirnya-bergelar-suami-di.html