link : “Kalau Ada Orang Masuk Meminang, Saya Kahwinlah”
“Kalau Ada Orang Masuk Meminang, Saya Kahwinlah”
Selepas setahun hubungannya dengan pelakon Kamal Adli berkhir, sehingga saat ini pelakon cantik Emma Maembong mengakui dirinya selesa berstatus solo.
“Saya solo. Tiada sesiapa pun (yang istimewa). Lagipun, saya dah tak ada fikir ke arah itu (bercinta pada masa ini).
“Kalian selalu bertanyakan hal peribadi kepada saya, tetapi sekarang saya tidak ada pun yang nak dikongsikan,” katanya seperti yang dilaporkan Kosmo!
Biarpun tiada teman lelaki istimewa dalam hidupnya kini, dia tidak pernah meletakkan sebarang had untuk berkawan dengan sesiapa. Justeru, katanya, sehingga kini dia masih lagi berkawan baik dengan Kamal.
“Saya dengan Kamal memang masih berkawan. Kalau dia mengajak saya keluar, saya masih keluar walaupun tiada sebarang perhubungan istimewa.
“Tak pernah sesekali saya mahu menyekat sesiapa untuk berkawan. Saya masih berkawan dengan semua orang,” katanya.
Tidak mahu memikirkan soal jodoh. Baginya, buat masa ini fokusnya hanya diberikan kepada karier dan perniagaan.
“Saya sekarang ini menjalani kehidupan solo seperti biasa sahaja. Biarlah masa yang menentukan.
“Sampai masa, kalau ada orang masuk meminang, saya kahwinlah. Memang tidak ada letak sebarang harapan,” jelasnya yang turut pernah dikaitkan dengan pelakon Alvin Chong sebelum ini.
The post “Kalau Ada Orang Masuk Meminang, Saya Kahwinlah” appeared first on Berita Viral.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel “Kalau Ada Orang Masuk Meminang, Saya Kahwinlah”
Anda sekarang membaca artikel “Kalau Ada Orang Masuk Meminang, Saya Kahwinlah” dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/05/kalau-ada-orang-masuk-meminang-saya.html