link : Kalau salah saya tegur: Chef Wan
Kalau salah saya tegur: Chef Wan
SELEBRITI popular, Chef Wan muncul dengan buku Ada Aku Kesah yang meluahkan terhadapnya terhadap pelbagai isu dengan caranya tersendiri.
Chef Wan berkata, tiada apa yang perlu ditakuti kerana penulisannya tentang kebenaran, jika salah tegur.
“Sudah tentu dalam penulisan saya ada yang tidak suka, mungkin terasa hati. Tetapi, apa yang saya tulis tentang perkara yang betul, kalau salah saya tegur.
“Walau bagaimanapun, ramai yang tak berani bersuara dan bercerita selantang saya.
“Sungguh pun begitu, saya percaya, dalam keluarga ibu bapa akan menegur anak mereka. Hatta, di sekolah dan di majlis agama, cikgu dan penceramah mereka menasihati dan menegur akan hal-hal yang tidak elok.
“Jadi, pada saya tak ada apa-apa yang nak ditakuti ataupun nak sembunyikan sesuatu. Kita sama-sama belajar dari kesilapan. Kongsilah kisah yang baik-baik agar kita menjadi manusia yang bertanggungjawab kepada masyarakat,” katanya.
Chef Wan, 60, ditemui pada majlis pelancaran bukunya berjudul Ada Aku Kesah? bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), bersempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL2018).
Pun begitu, di sebalik kelantangannya, Chef Wan turut memberitahu ada yang mengambil perkara tersebut dengan positif.
“Sebagai contoh, ada pengikut berkongsi kepada saya daripada kurang keyakinan diri, kini sudah berani tampil ke depan. Jadi, dari satu sudut kita dapat berikan kecekalan hati kepada orang lain.
“Oleh itu, peluang yang datang ini adalah perkara yang baik untuk saya meluahkan pendapat umum berkaitan kehidupan.
“Bagi mereka yang tak reti mendengar dan bersikap negatif serta nak marah, tidak mengapa. Sebab itu saya menggunakan Ada Aku Kesah?,” jelasnya.
The post Kalau salah saya tegur: Chef Wan appeared first on Berita Viral.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Kalau salah saya tegur: Chef Wan
Anda sekarang membaca artikel Kalau salah saya tegur: Chef Wan dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/05/kalau-salah-saya-tegur-chef-wan.html