Lisdawati rahsia kehamilan anak keempat

Lisdawati rahsia kehamilan anak keempat - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Lisdawati rahsia kehamilan anak keempat, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Lisdawati rahsia kehamilan anak keempat
link : Lisdawati rahsia kehamilan anak keempat

Baca juga


Lisdawati rahsia kehamilan anak keempat

PELAKON Lisdawati mengakui mempunyai sebab yang tersendiri untuk tidak berkongsi tentang kehamilannya kepada krew produksi yang melibatkan projek lakonannya baru-baru ini.

Menurut isteri kepada pelakon dan pengarah Fauzi Nawawi ini, dia mengambil keputusan tersebut kerana tidak mahu menyusahkan pihak lain hanya kerana dia dalam keadaan berbadan dua.

Akui Lisda, dia tidak mengalami sebarang masalah dan tetap bertenaga menjalani tanggungjawabnya sepanjang penggambaran berlangsung.

“Kalau tengok saiz kandungan, memang kecil hingga ketika saya menjayakan penggambaran drama Mr Grey, kru produksi tidak sedar saya hamil trimester pertama.

“Orang yang perasan fizikal saya berubah pun tidak menegur sebab mungkin mereka menyangka ia perubahan biasa. Kebetulan, saya membawakan watak ibu, jadi tak perlu pakai persalinan yang menyerlahkan bentuk badan.

“Ketika terima tawaran, saya tidak beritahu sedang hamil. Bukan apa, bersandarkan pengalaman lalu, rata-rata semua orang sangat prihatin sampai saya naik segan,” katanya kepada sebuah portal hiburan.

Berkongsi tentang kandungannya yang kini sudah berusia tujuh bulan, kata Lisda, dia dan suami bakal menimang cahaya lelaki yang dijangka dilahirkan selepas Aidilfitri nanti.

Lisda dan Fauzi mendirikan rumah tangga pada 9 September 2007 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata.

The post Lisdawati rahsia kehamilan anak keempat appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Lisdawati rahsia kehamilan anak keempat

Sekianlah artikel Lisdawati rahsia kehamilan anak keempat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Lisdawati rahsia kehamilan anak keempat dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/05/lisdawati-rahsia-kehamilan-anak-keempat.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :