Padi kembali ‘mengganas’ di Kuala Lumpur 30 Jun depan

Padi kembali ‘mengganas’ di Kuala Lumpur 30 Jun depan - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Padi kembali ‘mengganas’ di Kuala Lumpur 30 Jun depan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Padi kembali ‘mengganas’ di Kuala Lumpur 30 Jun depan
link : Padi kembali ‘mengganas’ di Kuala Lumpur 30 Jun depan

Baca juga


Padi kembali ‘mengganas’ di Kuala Lumpur 30 Jun depan

IA seperti sesuatu yang tertunda namun kini umpama armada membelah samudera, Padi kumpulan yang cukup dipuja peminat baik di Indonedia atau Malaysia dan Singapura kembali mengemudi arah mereka dengan jelas.

Tampil sebagai Padi Reborn, kumpulan itu nampaknya kembali mengganas dengan barisan ahli sama iaitu Piyu (Gitar), Fadly (Vokal Utama), Ari (Gitar), Rindra (Bass) dan Yoyo (Drum) dan buat pertama kali dalam sejarah Padi sejak 1997, Padi akan mengadakan konsert berskal besar mereka di Kuala Lumpur pada 30 Jun depan.

Padi Reborn Live in KL bakal memperlihatkan mereka mempersembahkan barisan lagu hit yang menaikkan nama mereka di negara serantau seperti Mahadewi, Sesuatu Yang Tertunda, Menanti Sebuah Jawaban, Begitu Indah atau Kasih Tak Sampai pasti akan diperdengarkan.

Tidak sekadar itu, Padi Reborn menjanjikan hal yang lebih luar biasa buat Sobat Padi pada konsert yang bakal diadakan di KL Live, Kuala Lumpur.

“Kami berasa cukup terharu dan senang sekali kerana buat pertama kalinya dengan memakai nama Padi Reborn, sebuah konsert solo kami akan dipersembahkan.

“Persembahan di Malaysia ini juga sebagai lambang apresiasi buat Sobat Padi yang tidak pernah lelah menyokong kami biar pada saat Padi vakum dan kini kembali. Kami berharap Sobat Padi Malaysia akan senang dan bergembira bersama menyanyikan lagu-lagu Padi,” ujar Piyu.

Sebagai informasi, Padi mempunyai lima studio album iaitu Lain Dunia (1999), Sesuatu Yang Tertunda (2001), Save My Soul (2003), Padi (2005) dan Tak Hanya Diam (2007). Kumpulan ini juga mempunyai album kompilasi yang berjudul The Singles yang dipasarkan pada tahun 2011.

Tidak sekadar mempunyai lima buah studio album yang kukuh dan membariskan hit yang luar biasa, kewujudan Padi tidak sekadar sebuah kumpulan  muzik yang ‘kosong’ apabila menerima banyak pengiktirafan termasuk Best Favourite Group from Indonesia pada MTV Asia 2001,  Kumpulan Terbaik pada Anugerah Planet Muzik 2001 selain menerusi album Sesuatu Yang Tertunda.

Padi memperoleh Triple Platinum dari Sony Music Malaysia dan pada tahun 2004, album Save My Soul dinobatkan sebagai Album terbaik pada Anugerah Planet Muzik dan Duo/Kumpulan Terbaik dalam anugerah yang sama.

Terdahulu, Padi pernah bergabung dengan beberapa kumpulan tenar dari Indonesia yang lain termasuk Dewa 19 dan Gigi dalam konsert Pesta Malam Indonesia 3.

Tiket-tiket untuk menikmati untaian indah Padi Reborn Live Exclusive In KL pada 30 Jun depan sudah dijual dengan harga RM179 untuk standard (Platinum) dan sesi meet and greet pula RM290 untuk standard.

Semua tiket boleh diperoleh dengan melayari www.buytickets.com.my.

The post Padi kembali ‘mengganas’ di Kuala Lumpur 30 Jun depan appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Padi kembali ‘mengganas’ di Kuala Lumpur 30 Jun depan

Sekianlah artikel Padi kembali ‘mengganas’ di Kuala Lumpur 30 Jun depan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Padi kembali ‘mengganas’ di Kuala Lumpur 30 Jun depan dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/05/padi-kembali-mengganas-di-kuala-lumpur.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :