link : Pengalaman cukup mahal: Umie Aida
Pengalaman cukup mahal: Umie Aida
TERDAHULU, umum mengetahui suami kepada pelakon terkenal Datin Seri Umie Aida iaitu Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan pernah ditahan pada September 2015 kerana lantang bersuara berhubung isu 1 Malaysian Development Berhad (1MDB).
Pun begitu, Umie, 45, belum bersedia untuk berkongsi pengalaman tentang kehidupan yang dialami ketika suaminya ditahan meskipun kini sudah mempunyai kerajaan baharu (Pakatan Harapan) yang memberikan kebebasan bersuara kepada rakyat.
“Ramai yang bertanya dan ada juga yang menghantar mesej kepada saya. Mereka ingin saya berkongsi pengalaman yang dilalui ketika suami ditangkap dan lain-lain.
“Tetapi, saya minta maaf kerana masih belum bersedia dan lebih selesa untuk berdiam diri buat masa ini.
“Ada perkara lebih penting untuk diberi perhatian. Pengalaman saya dan keluarga saya lalui adalah sesuatu yang mahal.
“Walaupun Malaysia sudah bebas bersuara, insya-ALLAH apabila keadaan sudah reda pasti saya akan kongsikan,” ujarnya dalam video yang dimuat naik di Facebooknya.
Untuk rekod, Khairuddin direman selama enam hari berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada September 2015 apabila beliau lantang mendesak siasatan terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dilakukan.
Beliau adalah ahli Umno pertama yang membuat laporan polis dan ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu 1MDB selain beberapa laporan lain di luar negara.
The post Pengalaman cukup mahal: Umie Aida appeared first on Berita Viral.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Pengalaman cukup mahal: Umie Aida
Anda sekarang membaca artikel Pengalaman cukup mahal: Umie Aida dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/05/pengalaman-cukup-mahal-umie-aida.html