link : Pernah Hidup Susah, Lee El Hanya Minum Teh Untuk Isi Perut
Pernah Hidup Susah, Lee El Hanya Minum Teh Untuk Isi Perut
Aktres drama bersiri popular Goblin, Lee El baru-baru ini mendedahkan bukan mudah untuknya berjaya dalam bidang lakonan malah enam tahun pertamanya terlibat dalam bidang seni dia sering kesempitan wang.
Lee El seperti dilaporkan Koreaboo memberitahu dia pernah tidak mempunyai wang untuk makan dan hanya minum air teh bagi mengisi perutnya.
“Drama lakonan pertama saya Good Job, pada 2009 namun selepas itu saya sudah tidak mendapat apa-apa lagi tawaran.
“Saya mula terfikir adakah disebabkan penampilan saya yang tidak menarik dan pernah berjumpa doktor pembedahan plastik untuk mengubah wajah saya?
“Keadaan ketika itu sangat tertekan, saya tiada wang, tidak makan dan hanya minum teh untuk mengisi perut,” katanya.
Bagaimanapun kata Lee El, pengalaman pahit itu sebenarnya mengajar dirinya untuk menjadi seorang lebih kuat dan bersemangat untuk terus berusaha menjadi seorang aktres berjaya.
Selain Goblin, Lee El turut popular menerusi drama seperti What A Man Wants dan Inside Men.
The post Pernah Hidup Susah, Lee El Hanya Minum Teh Untuk Isi Perut appeared first on Berita Viral.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Pernah Hidup Susah, Lee El Hanya Minum Teh Untuk Isi Perut
Anda sekarang membaca artikel Pernah Hidup Susah, Lee El Hanya Minum Teh Untuk Isi Perut dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/05/pernah-hidup-susah-lee-el-hanya-minum.html