link : PRU14: "Dua Calon Tanding Di Dua Kerusi Sama" Hanyalah Berlaku Di Temerloh
PRU14: "Dua Calon Tanding Di Dua Kerusi Sama" Hanyalah Berlaku Di Temerloh
Ia melibatkan kerusi Parlimen Temerloh dan DUN Lanchang di Pahang.
Calon BN Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin ditentang oleh calon Bebas, bekas Ketua Pengarang TV3 yang kini seorang aktivis alam sekitar iaitu Khaidir Ahmad.
Jika dilihat atas kertas, kedudukan Sharkar memang sukar digugat kerana dia sudah beberapa penggal menang di DUN Lanchang sebelum ini. Namun, dalam pilihanraya, apa pun boleh berlaku sebenarnya.
Pada PRU13 lalu, Sharkar menewaskan calon PKK Ahmad Nizam Hamid yang merupakan seorang peguam dengan majoriti 1,127 undi pada pertembungan dua penjuru.
Namun kali ini beliau akan ditentang oleh tiga calon lain dalam pertembungan penjuru oleh
Abas Awang (PKR), Hassan Omar (PAS) dan Khaidir (BEBAS).
Pada PRU13, jumlah pemilih berdaftar di DUN Lanchang ialah 23,624 orang. Pada PRU14 ini, jumlah hanya meningkat 82 kepada 23, 704 orang pemilih berdaftar sahaja. Soalnya, apakah Sharkar dapat pertahankan kerusi DUN Lanchang dengan selesa kali ini?.
Sementara itu bagi Parlimen Temerloh pula, Sharkar bakal ditentang lima penjuru kali ini oleh Khaidiri (BEBAS), Muhamad Fakhrudin Abu Hanipah (BEBAS), Mohd. Anuar Mohd. Tahir (PKR) dan Md. Jusoh Darus (PAS).
Secara amnya, Sharkar dilihat berkedudukan selesa apabila undi pembangkang berpecah kepada empat. Namun, harus diingat kerusi Parlimen Temerloh telah jatuh ke tangan pembangkang pada PRU13 lalu akibat kealpaan BN yang menyangka ia kubu kuat mereka.
Calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat (PR) ketika iatu Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi telah menang menewaskan calon BN Datuk Saifuddin Abdullah dengan majoriti 1,070 undi.
Ketika itu jumlah pemilih berdaftar di Parlimen Temerloh ialah 66,105 orang. PRU14 ini jumlah pengundi meningkat sebanyak 8,976 kepada 75,081 orang. Ini adalah kekuatan Sharkar di Temerloh selepas berlaku persempadanan semula kawasan parlimen itu baru-baru ini.
Peningkatan ketara dilihat satu peluang untuk beliau merampas kembali kerusi parlimen tersebut dari tangan pembangkang. Itu pun kiranya pengundi terbabit undi BN kali ini.
Senarionya, ramai pemerhati melihat tindakan waris Pak Sako, Khaidir Ahmad bertanding di kerusi DUN dan Parlimen sungguh mengejutkan. Tindakan beliau itu sememangnya tidak dijangka, dan mungkin beliau satu-satunya calon bebas yang berani berbuat demikian.
Apakah, kekuatan Khaidir sebagai pejuang alam sekitar dapat menggugat kedudukan Sharkar?. Jika berlaku pertembungan dua penjuru mungkin beliau punya harapan cerah kerana isu pencerobohan hutan yang berlaku di Temerloh sendiri menjadi asas perjuangan Khaidir sebelum ini.
Namun, dek kerana pertembungan lima penjuru di Parlimen dan empat penjuru di DUN, kemungkinan itu agak samar-samar. Apa pun, jika Khaidir berjaya menyakinkan rakyat untuk berubah, maka sokongan kepada beliau pasti akan meningkat. Tambahan pula calon PKR adalah orang luar dan calon PAS pula namanya kurang popular jika dibandingkan dengan Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi dulu.
Pengundi Temerloh dan Lanchang perlu bijak memilih. Jika mahu pencerobohan alam sekitar terus dibiarkan maka pilih calon lain. Namun, jika mahu ia diperjuangkan untuk generasi akan datang maka Khaidir adalah pilihan yang terbaik pada masa ini. #PDO
Demikianlah Artikel PRU14: "Dua Calon Tanding Di Dua Kerusi Sama" Hanyalah Berlaku Di Temerloh
Sekianlah artikel PRU14: "Dua Calon Tanding Di Dua Kerusi Sama" Hanyalah Berlaku Di Temerloh kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel PRU14: "Dua Calon Tanding Di Dua Kerusi Sama" Hanyalah Berlaku Di Temerloh dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/05/pru14-dua-calon-tanding-di-dua-kerusi.html