link : Randy Pangalila: Wajah saya ada nampak nakal ke?
Randy Pangalila: Wajah saya ada nampak nakal ke?
PEMBABITAN pelakon, Randy Pangalila menerusi drama Gantung The Series sebagai Gibbs nyata memberikan kesan kepada penonton terutamanya di kalangan gadis remaja apabila melihat lakonannya yang agak nakal.
Randy Pangalila atau nama sebenarnya Randy Dionisius Pangalila memberitahu, cerita dan watak yang mencabar merupakan antara faktor dia menerima tawaran berlakon di dalam drama ini.
“Sepanjang karier lakonan saya, karakternya saya dapati baharu buat saya. Jadi saya rasa ini agak luar biasa dan ia mencabar. Sebab itulah saya menerima tawaran ini.
“Antara faktor lain menarik minat saya, kekuatan dalam cerita ini ialah persahabatan antara empat ‘Musketeers’ dan juga kisah percintaan yang lain daripada yang lain,” ujarnya.
Diusik adakah pelakon berusia 28 tahun ini karakternya juga nakal pada realitinya, ini katanya.
“Wajah saya ada nampak nakal ke? Tak adalah… tak nakal,” ujarnya sambil ketawa.
Dalam perkembangan lain, kata Randy, setakat ini belum ada projek terbaharu di Malaysia.
Terdahulu penglibatan Randy di Malaysia popular menerusi drama Benci Vs Cinta, Urusan Hati Cik Drama Queen dan komedi siri akademik Oh My English!: Road To Jogja.
The post Randy Pangalila: Wajah saya ada nampak nakal ke? appeared first on Berita Viral.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Randy Pangalila: Wajah saya ada nampak nakal ke?
Anda sekarang membaca artikel Randy Pangalila: Wajah saya ada nampak nakal ke? dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/05/randy-pangalila-wajah-saya-ada-nampak.html