Saleem kecil hati, rasa terpinggir

Saleem kecil hati, rasa terpinggir - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Saleem kecil hati, rasa terpinggir, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Saleem kecil hati, rasa terpinggir
link : Saleem kecil hati, rasa terpinggir

Baca juga


Saleem kecil hati, rasa terpinggir

Penyanyi, Saleem, 56, meluahkan kekecewaan kerana tidak dijemput membuat persembahan di Ekspo Terengganu 2018 yang berlansung di Komplek Sukan Negeri, Gong Badak pada 25 Februari hingga 3 Mac lalu.

Penyanyi yang popular dengan lagu Suci Dalam Debu itu berkecil hati kerana penganjur menjemput ramai penyanyi anak Terengganu lain namun tidak dirinya.

Menurutnya, beliau amat terkilan dengan tindakan sesetengah pihak  yang meminggirkannya sedang beliau juga anak Terengganu.

“Aku nak tanya kenapa aku tidak dipanggil? Aku pun anak jati Terengganu sedangkan artis yang berasal dari Terengganu lain mereka panggil,” katanya.

Saleem meluahkan apa yang terbuku dalam dirinya sejak lebih sebulan lalu ketika ditemui selepas menghadiri jemputan sempena Hari Guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Puteri, di sini pagi tadi.

Saleem membuat persembahan kepada guru dan murid SK Bukit Puteri pagi hari ini.
Katanya, beliau amat terkilan kerana seolah-olah dilupakan pihak terbabit, sedangkan  selama ini beliau turut membantu menaikkan nama Terengganu melalui nyanyian terutamanya menerusi lagu Blues Terengganu Kita.

“Aku tak minta apa-apa pun tapi just respect (sekadar menghormati) aku yang juga merupakan rakyat Terengganu dan sama-sama bangunkan Terengganu.

“Jangan pinggirkan aku, apatah lagi  ketika ekspo itu berlangsung ada sudah sihat dan boleh membuat persembahan,” katanya.

Saleem turut mendakwa turut tidak dijemput dalam beberapa konsert yang berlangsung sebelum itu di negeri terbabit sedangkan artis anak kelahiran Terengganu lain dijemput.

Dalam pada itu beliau mengucapkan tahniah kepada Tun Mahathir kerana dipilih kembali menjadi Perdana Menteri dan berharap pemimpin negara itu memberi perhatian dan menjaga kebajikan artis termasuk artis lama seperti beliau.

Tentang kesihatannya, Saleem memberitahu beliau kini sudah sihat dan mampu membuat memenuhi undangan membuat sebarang persembahan.

“Masa saya sakit dulu berat badan saya merosot hingga jadi dalam 40 kilogram lebih sahaja tapi sekarang sudah naik jadi 60 kg,” katanya.

Ditanya mengenai hubungan terkininya dengan anak lelakinya, Syafiq Farhain pula, Saleem enggan mengulas lanjut namun beliau memberitahu antara mereka baik sahaja

“Ayah dengan anak tetap macam tu biasanya,” katanya.

Untuk rekod Ekspo Terengganu 2018 dianjurkan oleh kerajaan negeri yang terdahulu dan dihadiri hampir setengah juta pengunjung.

The post Saleem kecil hati, rasa terpinggir appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Saleem kecil hati, rasa terpinggir

Sekianlah artikel Saleem kecil hati, rasa terpinggir kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Saleem kecil hati, rasa terpinggir dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/05/saleem-kecil-hati-rasa-terpinggir.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :