link : Sejak mereka hina Tun M, teman jadi geram
Sejak mereka hina Tun M, teman jadi geram
KEDATANGAN pelakon dan pelawak terkenal, Usop Wilcha dalam program ceramah pembangkang di Kampung Parit Nawi, Muar beberapa hari lalu, mencuri tumpuan ramai.
Kehadiran selebriti itu secara berseorangan sememangnya tidak dirancang dan mengakui kehadirannya bagi memberikan sokongan kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan pengikut beliau untuk berjuang.
Sambil menyuarakan bebanan yang menghimpit rakyat ketika ini, Usop juga dilihat turut mengajak masyarakat untuk membuka mata dalam menilai pemimpin yang membawa manfaat kepada semua pihak.
“Banyak kawan-kawan teman dalam BN, tapi sejak mereka hina Tun M, teman jadi geram. Tapi lagi geram bila Tan Sri Muhyiddin yang Timbalan Perdana Menteri sebelum ini menyuarakan pendapat dia, mereka main-mainkan macam boling. Lepas tu diperlekehkan.
“Rakyat dah banyak susah. Kat atas dia tahu beri jaminan sahaja. Kita nak perdana menteri yang berupaya tadbir negara tanpa ada apa-apa skandal,” katanya.
Kehadiran beliau itu nyata memberikan kejutan kepada barisan pimpinan PKR yang hadir dalam program itu termasuk orang ramai yang tidak melepaskan peluang untuk merakamkan aksi selebriti berkenaan.
The post Sejak mereka hina Tun M, teman jadi geram appeared first on Berita Viral.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Sejak mereka hina Tun M, teman jadi geram
Anda sekarang membaca artikel Sejak mereka hina Tun M, teman jadi geram dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/05/sejak-mereka-hina-tun-m-teman-jadi-geram.html