Siti Nurhaliza Respon Dakwaan Digam TV3

Siti Nurhaliza Respon Dakwaan Digam TV3 - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Siti Nurhaliza Respon Dakwaan Digam TV3, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Siti Nurhaliza Respon Dakwaan Digam TV3
link : Siti Nurhaliza Respon Dakwaan Digam TV3

Baca juga


Siti Nurhaliza Respon Dakwaan Digam TV3

Penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza, 39, menafikan dirinya disenaraihitam TV3 selepas jarang muncul di stesen TV itu seperti didakwa banyak pihak.

“Tidak ada istilah saya digam di TV3. Cuma saya jarang muncul, jadi timbul persepsi sebegitu.

“Ikutkan saya ada juga muncul dalam program lain di TV3 seperti Melodi dan Anugerah Bintang Popular. Saya berharap perkara ini jelas,” katanya seperti yang dilaporkan Harian Metro.

Dalam pada itu, pelantun lagu Jaga Dia Untukku ini meluahkan rasa sedih beliau berikutan kejatuhan kerajaan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) baru-baru ini.

Katanya, parti tersebut tetap dihatinya dan mengharapkan semua pihak mendapat pengajaran daripada apa yang berlaku dalam keputusan pilihanraya lalu.

“Sejujurnya, saya berasa sedih dengan peralihan kuasa ini. Saya sayang dan BN tetap dalam hati. Apatah lagi, parti ini menjadi pilihan nenek moyang saya.

“Cuma, apa yang berlaku jadikan ia pengajaran,” katanya.

Siti bagaimanapun menyifatkan pelantikan Tun Dr Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri Malaysia ketujuh melakar sejarah dunia dan sesuatu yang luar biasa.

Malah kata Siti, selama ini dia memang menyanjungi kepimpinan Tun termasuk beberapa pemimpin hebat lain seperti Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat.

“Bagi saya ini satu sejarah kerana Tun seorang lagenda politik negara yang dilantik menjadi Perdana Menteri kali kedua pada usia 93 tahun.

“Ini juga satu pencapaian luar biasa apatah lagi Tun pernah bersara sebelum ini. Sejujurnya, apa yang saya luahkan di laman Instagram sebelum ini adalah gambaran perasaan saya yang menyanjungi kepimpinan beliau,”

Tun sebelum ini pernah menjadi Perdana Menteri keempat pada 1981 sebelum bersama 2003.

The post Siti Nurhaliza Respon Dakwaan Digam TV3 appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Siti Nurhaliza Respon Dakwaan Digam TV3

Sekianlah artikel Siti Nurhaliza Respon Dakwaan Digam TV3 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Siti Nurhaliza Respon Dakwaan Digam TV3 dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/05/siti-nurhaliza-respon-dakwaan-digam-tv3.html

Subscribe to receive free email updates: