Sudah tiba masanya Syamel berubah

Sudah tiba masanya Syamel berubah - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Sudah tiba masanya Syamel berubah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Sudah tiba masanya Syamel berubah
link : Sudah tiba masanya Syamel berubah

Baca juga


Sudah tiba masanya Syamel berubah

PENYANYI Syamel memberitahu sudah tiba masanya dia mengubah haluan karier muziknya dengan menampilkan lagu berentak rancak selepas lima single terdahulunya mengetengahkan genre Balada.

Syamel berkata, keputusan itu dibuat selepas mendapat inspirasi dan rasa kagum terhadap idolanya, Bruno Mars ketika menyaksikan konsert penyanyi itu di Axiata Arena, Kuala Lumpur pada 9 Mei lalu.

“Saya memang peminat setia Bruno Mars sejak awak kemunculannya dan dia sentiasa buat saya kagum dengan persembahannya yang energetik dalam menghiburkan peminat.

“Peluang menonton konsertnya baru-baru ini buka mata saya yang saya juga perlu lakukan perubahan dan bukannya hanya menghasilkan lagu balada sahaja.

“Seronok melihat penonton yang hadir berseronok dengan seleksi lagu-lagu dipersembahkan dan ia cukup mengagumkan,” katanya.

Syamel ditemui pada rakaman program Akademi Fantasia Raya yang diadakan pada Ahad lalu.

Dalam pada itu, Syamel berkata, itu bukanlah bererti dia tidak lagi mahu merakamkan lagu berentak balada sebaliknya menjelaskan dia ingin melakukan pembaharuan agar kariernya sentiasa relevan.

Malah kata Syamel, dia yakin peminat dapat menerima perubahan muziknya jika karya dihasilkan kena dengan cita rasa pendengar.

“Jiwa saya memang balada tetapi dalam menjadi seorang penyanyi versetail saya perlu cuba lagu berentak lain.

“Saya bukan mahu menarik perhatian dengan kebolehan vokal sahaja tetapi sebagai penghibur dan buat penonton seronok melihat aksi saya di pentas.

“Peminat Insya-Allah akan terima jika lagu yang saya lancarkan itu kena dengan selera pendengar,” ujarnya.

Sementara itu, Syamel berkata, dia kini sedang dalam proses mencari material untuk single terbaharunya dan berharap ia dapat dilancarkan pada tahun ini juga.

The post Sudah tiba masanya Syamel berubah appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Sudah tiba masanya Syamel berubah

Sekianlah artikel Sudah tiba masanya Syamel berubah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Sudah tiba masanya Syamel berubah dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/05/sudah-tiba-masanya-syamel-berubah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :