link : Tak harap duit lelaki: Ruhainies
Tak harap duit lelaki: Ruhainies
DALAM usia muda, aktres genit, Ruhainies sudah pun memiliki aset seperti rumah dan kereta mewah hasil titik peluh sendiri.
Hampir empat tahun berkecimpung dalam dunia lakonan, hasil usaha tersebut adalah buat kesenangan diri sendiri dan tidak mahu menyusahkan pasangan hidup pada masa akan datang.
Ruhainies, 26, berkata, lelaki yang bijak tidak akan risau untuk mendekati diri seorang wanita yang sudah ada aset, malah menyukai kerana tahu wanita ini pandai hidup berdikari.
“Maksudnya, wanita takkan bergantung harap sepenuhnya dengan lelaki. Sebagai contoh, boleh hidup sendiri dan tak berharap duit lelaki.
“Kalau dia kerja maka kerja akan tergendala sebab nak beli keperluan rumah mahupun kecantikan diri mesti berharap dengan suami.
“Saya bukan wanita seperti itu, saya seorang yang berdikari dan tak bergantung harap dengan lelaki 100 peratus,” katanya .
Popular menerusi drama Hello, Mr. Perfect! gandingan pelakon, Fattah Amin, pemilik nama Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas atau lebih mesra disapa Ruhainies, memberitahu, fasa sekarang adalah waktu untuk mengumpul aset dan konsisten dalam pekerjaan.
“Bagaimanapun, buat masa ini saya tak mahu bercinta sebab nak tumpu pada karier lakonan dan kumpul aset.
“Andai sudah bersuami nanti saya mahu dia seorang yang menyokong kehidupan dan juga kerjaya saya. Pendek kata, setiap wanita memerlukan tulang belakang dan begitu juga dia,” katanya.
Bagus Ruhainies, bijak mencorak kehidupan untuk masa depan. Semoga menjadi contoh buat kita semua.
The post Tak harap duit lelaki: Ruhainies appeared first on Berita Viral.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Tak harap duit lelaki: Ruhainies
Anda sekarang membaca artikel Tak harap duit lelaki: Ruhainies dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/05/tak-harap-duit-lelaki-ruhainies.html