link : Tak Mampu Bertahan, Nazim-Bella Dally Sepakat Berpisah
Tak Mampu Bertahan, Nazim-Bella Dally Sepakat Berpisah
Petang 1 Ramadan semalam, dunia hiburan dikejutkan dengan berita pasangan pelakon Nazim Othman dan Bella Dally sudah berpisah. Berita tersebut sekaligus menamatkan spekulasi rumah tangga mereka sebelum ini bermasalah.
Menerusi laporan BH online, Nazim dalam kenyataannya di Instagram berkata, perkahwinan yang dibina pada 10 September 2016 itu tidak mampu diselamatkan lagi. Bagaimanapun tidak memaklumkan tarikh sebenar dia dan bekas isterinya bercerai.
“Dengan rasa berat hati dan dukacita, ingin memaklumkan di atas persetujuan bersama, perkahwinan saya dan Bella sudah berakhir.
“Saya dan Bella ingin mengambil kesempatan ini berterima kasih di atas doa yang baik untuk kami selama ini,” katanya.
Pelakon drama bersiri Monalisa itu bagaimanapun, tidak menyatakan punca perpisahan mereka.
“Sesungguhnya segala keindahan itu datang daripada-Nya dan semua kekurangan itu di atas kekhilafan kami sebagai manusia.
“Allah Maha Mengetahui atas segala sesuatu, Maha Pengampun lagi Maha Penyayang,” luahnya.
..
Sementara itu, Bella yang turut berkongsi perkara sama di laman Instagramnya berkata, selama ini dia sering diajukan pertanyaan, termasuk daripada keluarganya yang bertanya mengapa dan apa sebenarnya berlaku.
“Untuk memendekkan cerita, perkahwinan kami tidak berjalan lancar. Kami sudah mencuba yang terbaik untuk menyelamatkannya, namun tidak berjaya. Kami sepakat berpisah adalah jalan terbaik,” katanya.
The post Tak Mampu Bertahan, Nazim-Bella Dally Sepakat Berpisah appeared first on Berita Viral.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Tak Mampu Bertahan, Nazim-Bella Dally Sepakat Berpisah
Anda sekarang membaca artikel Tak Mampu Bertahan, Nazim-Bella Dally Sepakat Berpisah dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/05/tak-mampu-bertahan-nazim-bella-dally.html